Showing posts with label Diari Hewi. Show all posts
Showing posts with label Diari Hewi. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

KEM KEPEMIMPINAN MAHASISWI NASIONAL (KEMAS ’12)

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya, program KEMAS ’12 berjaya dilaksanakan pada 3 hingga 5 febuari yang lepas. Selawat dan salam atas Nabi junjungan Muhammad S.A.W kerana atas usaha baginda dan para sahabat mengeluarkan ummat manusia dari kepompong kegelapan.

Program KEMAS’12 yang dilaksanakan di Villa Cikgu Hashim, pekan Kuala Kangsar berjaya mengumpulkan mahasisiwi-mahasiswi yang berjiwa kental dari segenap penjuru Malaysia. Antara pengisian yang ditekan pada KEMAS’12 adalah bagaimana memposisikan peranan HEWI dalam kalangan masyarakat.

Selama tiga hari peserta yang terdiri dari kepimpinan Majlis HEWI peringkat Negeri dan Kampus telah diberi pengisian berbentuk tarbiyyah harakiah, peranan wanita dalam dakwah lapangan dan juga menyentuh aspek pengurusan emosi dan hati yang sinonim dengan wanita.

Selain daripada itu, program ini juga berjaya memuatkan aktiviti kemasyarakatan, dimana semua peserta dikehendaki untuk membuat sesi temu rumah dengan masyarakat setempat serta pelancong yang datang berkaitan beberapa isu semasa. Mereka juga diminta untuk mengemukakan pendapat tentang sambutan ‘Maulud Nabi’ dan pemahaman Islam. Dapatan dari aktiviti ini mendapati bahawa masyarakat rata-ratanya masih tidak peka dengan pengamalan Islam secara keseluruhan. Malahan, sensitiviti terhadap hari keputraan Baginda Nabi Muhammad s.w.t juga tidak dihayati dengan baik oleh segelintir golongan. Rentetan dari aktiviti ini membuahkan beberapa resolusi untuk Majlis HEWI turun ke lapangan masyarakat dalam membantu mereka memahami Islam dengan lebih mendalam.

Oleh yang demikian, Majlis HEWI Kebangssan (MHK), selaku penganjur Kem Kepemimpinan Mahasiswi Nasional [KEMAS’12] mengharap supaya mahasiswi-mahasiswi yang lahir daripada KEMAS’12 ini mampu untuk terlibat secara proaktif dalam misi mendidik masyarakat secara aktivisme dan memanfaatkan kelebihan advokasi yang sedia ada.

‘ATIQAH SYAIRAH SHAHRUDDIN
Timbalan Pengerusi HEWI 1
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Monday, September 26, 2011

Respon Isu Gejala Sosial & Jemputan Majlis Minum Petang Bayt Al-Rahmah

Bismillahirrahmanirrahim.




Majlis Minum Petang Bersama PROF. DATO’ DR. ZALEHA KAMARUDIN DAN PROF. DR. JARIAH MAS’UD dengan tajuk perbicaraan “ MENDEPANI KRISIS SOSIAL DALAM KELUARGA ISLAM ”.

Tarikh : 15 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 2.00 – 5.30 petang
Tempat : Dewan Masjid Shalahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Gombak, Selangor.
Pendaftaran: RM 80 seorang (Dewasa), RM 50 (Pelajar)
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Nor Akmariah Abdullah di talian 019-390 1098/1038

Wednesday, September 21, 2011

BALASUNGKAWA - Profesor Dr Khalijah Salleh, Serikandi Muslimah Mithali Kontemporari

Pada jam 10 pagi Sabtu 17 September 2011 bersamaan 19 Syawal 1432, gugurlah serikandi yang amat dikasihi, Profesor Dr Khalijah Salleh, bekas pensyarah Jabatan Fizik, UKM dan paling utama mantan Ketua Helwa ABIM, kalau tidak silap Ketua Helwa yang pertama, yang juga di antara pengasas ABIMHELWA. Pemergian Allahyarhamah K Jah (nama gelaran beliau di kalangan Helwa ABIM) memang diratapi oleh seluruh warga ABIM, baik wanita mahupun lelaki.

Sepanjang hari-hari terakhir beliau yang dirawat di HUKM, pelawat tidak putus-putus mengunjungi beliau. Ketabahan beliau menghadapi saat terakhir itu sukar dilupakan. K Jah seperti biasa amat bersemangat dan mentally alert. Dia kenal dan tahu siapa pelawatnya dan dalam keadaan yang sakit, masih ingin berbicara dengan senyuman manisnya yang menjadi trademarknya. Melihat beliau ketika itu sukar untuk percaya beliau sedang menanti saat-saat terakhir.

Saya mengenali K Jah kali pertama di Kolej Tunku Kurshiah Seremban. Beliau datang ke Kolej untuk memberi ceramah motivasi atas undangan Murid Tua (inilah istilah lama untuk alumni). Beliau diperkenalkan sebagai wanita Melayu pertama meraih ijazah sarjana muda bidang fizik. Memang K Jah seorang yang boleh menaikkan semangat pendengarnya. Sejak itu jiwa saya turut berkobar-kobar mahu meneladaninya. Menjadi perintis Melayu dalam apa jua bidang yang mungkin semata-mata ingin membuktikan orang Melayu juga mampu. Dan akhirnya saya ke Amerika Syarikat untuk mendalami bidang matematik yang ketika itu memang kurang diceburi oleh anak Melayu malahan dicemuh bahawa bangsa Melayu lemah matematik dan sains. Begitulah kesan K Jah pada diri saya ketika itu yang masih di bangku sekolah menengah. Saya pernah bertemu K Jah di University of California Davis ketika beliau meneruskan pengajiannya di peringkat tertinggi. Dan ditakdirkan Allah, kami bertemu lagi dalam jemaah yang kita kasihi iaitu ABIM - saya masih bertatih mengikut jejak langkahnya.


Alhamdulillah, kami terus bersama dan jurang adik dan kakak semakin tipis - sama-sama selaku ahli profesional Muslim yang ingin memajukan umat Islam menerusi da'wah dan juga bidang keilmuan. K Jah seorang pejuang profesional yang amat passionate dalam apa sahaja yang beliau lakukan. Beliau amat passionate dengan ABIM, ilmu dan pendidikan. Beliau tidak akan menolak sebarang undangan Helwa mahu pun Biro Pendidikan ABIM dalam aspek pengongsian ilmu khususnya cinta pertamanya - sains Islam. Di akhir fasa perjuangannya, Allahyarhamah amat prihatin tentang keperluan memasyarakatkan sains di kalangan orang Melayu dan pentingnya hubungan sains dan aqidah. Sains sebagai ayat-ayat Allah swt. Walaupun sudah didiagnos dengan kanser, selagi beliau boleh berdiri, bercakap dan kuat, beliau masih meneruskan perjuangannya - hatta ke Indonesia - berbicara tentang sains Islam sebagai memenuhi undangan IIIT Indonesia. Beliau masih menghadiri majlis Helwa di awal tahun 2011 walaupun kekuatannya sudah mula merosot.

Usaha K Jah bukan sahaja untuk ABIM malahan semua organisasi Islam seperti Yadim dan IKIM. Kegigihannya dalam bidang sains terbukti bila K Jah dilantik sebagai felo oleh Akademi Sains Malaysia. Beliau tidak lupa mengundang saya pada hari bersejarah perlantikannya itu yang beliau gunakan untuk membentangkan mesej cinta pertamanya.

K Jah memang seorang serikandi dan wanita mithali. Selain daripada kerjayanya, da'wah dan aktiviti sosialnya, K Jah juga merupakan isteri dan ibu yang berjaya.


Pada malam jumaat yang lepas iaitu jam 3.19 pagi, kita dikejutkan oleh sms daripada K Jah. Pesannya ringkas sekali:

Tk dear all. Help baca Yassin now. I may be leaving now. Salam maaf zahir n batin.

Benar-benar sms - ringkas dan padat. K Jah seolah-olah sudah tahu bila beliau akan pergi. Ini mengingatkan kita cara Imam al-Ghazzali sudah maklum beliau akan meninggalkan dunia yang fana ini dan memakai kain kafannya. Masha'Allah. Kata-kata K Jah memang benar - beliau berangkat meninggalkan kita terutama ahli keluarganya yang dikasihi pada hari Sabtu. Sejak menziarahi K Jah di HUKM saya bacakan surah Yassin beberapa kali diiringi doa: Ya Allah, jika takdirnya sembuh, sembuhkkanlah K Jah dan jika takdirnya pergi menghadapiMu, mudahkanlah pemergiannya. Allah lebih menyayanginya dan mengetahui rahsia-rahsia kita.

Kini saya cuma dapat menenangkan diri dan perasaan bahawa K Jah pergi dalam keadaan husnul khatimah dan kejayaan muflihun. Innalillahi wa inna ilayhi rajiun. Semuga Allah mengampunkan Allahyarhamah K Jah dan menghimpunkan ruhnya bersama golongan abrar.K Jah sudah pergi namun kita mestilah teruskan usahanya dalam bidang keilmuan dan pendidikan untuk memantapkan sains Islam dan aqidah umat. Inilah sekurang-kurangnya kita dapat lakukan sebagai mengenang jasanya yang tidak ternilai.wabillahi tawfiq walhidayat.


Allahu 'alam.Al-fatihah.


NukilanRosnani Hashim
Mantan Ketua Helwa ABIMProfesor,
Institut Pendidikan UIAM.10.30 malam.17 september 2011

Monday, August 22, 2011

Siri Tadah Kitab; Tahrirul Mar'ah Jilid 1 dan 2


Bismillahirrahmanirrahim.

Tidak dinafikan, kebanyakan peranan wanita tidak terlihat jelas akibat dari pengaruh budaya masyarakat yang melihat wanita sebagai golongan yang lemah dan tidak lebih baik berbanding lelaki. Ramai melihat peranan wanita dari kaca mata budaya berbanding dari apa yang telah termaktub di dalam Al-Qur’an dan Hadith. Malah dari sudut keilmuan, penafsiran hadith yang tidak melihat kepada content (isi) dan konteks juga menyebabkan salah faham ini menjadi sandaran turun temurun.

Yang paling merbahaya, salah faham ini dijadikan hujah oleh puak-puak extremist yang mengongkong wanita dengan agama, dan puak feminist yang kononnya memperjuangkan hak kesamarataan antara wanita dan lelaki.

Menadah Kitab Tahrirul Mar’ah (Kebebasan Wanita) karangan Imam Abdul Halim Abu Syuqqah memberikan pencerahan kepada ertikata 'kebebasan' yang sebenar. Ia bukanlah kebebasan yang sama yang cuba dibawakan oleh golongan 'feminist' yang mengambil pengertian bebasnya wanita itu adalah seperti lelaki dan haknya juga sama seperti lelaki. Malah bukan juga kebebasan yang disalah ertikan oleh golongan extrimist yang mengambil hadith-hadith sahih namun tidak meletakkan ia sesuai pada tempatnya lalu menjadi nilaian wanita sebagai kurang akal atau kurang agama.

Kebebasan Wanita yang cuba dibawa oleh Islam bermaksud, membebaskan wanita dari kongkongan pemikiran yang jumud dan salah faham akan peranan wanita yang sebenarnya. Allah telah meletakkan kedudukan wanita di tempat yang tertinggi sesuai dengan peranannya yang menyempurnakan kekurangan lelaki. Keduanya di ciptakan berbeza untuk melengkapi, bukan berbeza untuk membuktikan diri lebih baik dari yang lain.

Sesi Tadah Kitab kali ini membawa kami menonton semula filem “Wanita Berkalong Sorban” (biarpun masih ramai yang belum menontononya). Terkenang kata-kata Ustazah Haslina, “..dalam filem ini terkandung jawapan kepada persoalan yang dibincangkan di dalam kitab ini.” Merujuk kepada Kitab Tahrirul Mar’ah jilid satu.

Perbincangan berkisar soal peranan sebenar wanita dalam Islam dan letak duduknya hukum bagi wanita dalam beberapa perkara. Malah persoalan hak wanita juga banyak ditekankan di dalam kitab ini. Sebagai contoh hukum wanita terlibat di dalam peperangan dan hijrah, hak wanita meminta penceraian, keikutsertaan dalam menjaga masyarakat, hak untuk mendapat pendidikan, dan lain-lain lagi.

Bab terakhir dalam jilid pertama menekankan mengenai salah faham dan silap tafsiran terhadap hadith-hadith Nabi yang menunjukkan kelemahan dan kekurangan wanita berbanding lelaki. Hadith-hadith inilah yang kebanyakannya menjadi sandaran pihak feminist dan extremist yang menyalah tafsir hadith ini demi kepentingan masing-masing.

Di dalam jilid yang kedua, melalui sirah Rasulullah s.w.t, beliau telah mengangkat darjat wanita ke tempat yang tinggi dan mulia. Beberapa sosok wanita mulsimah yang diangkat namanya pada zaman Rasulullah ditampilkan karekter dan peranannya sehingga diberi pengiktirafan oleh Rasulullah s.w.t sendiri. Peranan dan karekter inilah yang perlu dicontohi oleh Muslimah masa kini.
"Barangsiapa yang menghendaki kebaikan dunia, hendaklah berilmu. Barangsiapa yang menghendaki kebaikan Akhirat, hendaklah beilmu. Dan barangsiapa yang menghendaki kebaikan dari keduanya, hendak pula dengan ilmu" (hadis).
Alhamdulillah. Semoga sesi tadah Kitab yang seterusnya dalam memberi banyak lagi ilmu kepada kaum wanita mengenali diri dan potensi mereka yang sebenar. InsyaAllah.


Tuesday, August 16, 2011

Pengajian Kitab

Bismillah.

InsyaAllah, Majlis Hewi PKPIM Pusat akan menganjurkan Kuliah Pengajian Kitab Tahrir Al-Mar'ah (Kebebasan Wanita) Jilid 1 dan 2, tulisan Abdul Halim Abu Syuqqah.

19-21 Ogos 2011
Batu 7 1/2, Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam.

Semua dijemput hadir. :)



TENTATIF TADAH KITAB SIRI 1

Jumaat :19 Ogos 2011

4 p.m – 5 p.m : Berkumpul di KTM Shah Alam dan bergerak ke Jalan Kebun.
5 p.m – 6 p.m : Sesi taklimat
6 p.m – 7 p.m : Persiapan Iftar
7 p.m – 8 p.m : Iftar dan solat maghrib berjemaah.
8 p.m – 9.30 p.m : Isyak dan tarawikh berjemaah.
9.30 - 11.00 p.m : Episod pertama ~ pengenalan dan kepentingan kebebasan wanita.
Oleh Ustazah Haslina ( Mantan ketua Helwa Selangor & Pengasas Rumah Perlindungan Darul Wardah )
11.00 – 11.30 p.m : Dari wanita untuk wanita Oleh saudari Sharifah Sumayyah Bt Syed Malik (Naib Presiden Hewi, PKPIM)
11.30 – 12.00 p.m : Tadarrus
12.00 p.m : Kembara mimpi solehah.

Sabtu; 20 Ogos 2011

4 a.m – 5 a.m : Qiamullail
5 a.m – 6 a.m : Sahur
6 a.m – 7.30 a.m : Subuh berjemaah & Kultim
7.30 – 8.00 a.m : Persiapan kendiri
8.00 – 9.30 a.m : Episod kedua ~ Karakteristik wanita dalam Al- Quran Oleh Ustazah Haslina.
9.30 – 10.00 a.m : Dhuha & Tadarrus
10.00 – 11.30 a.m : Episod ketiga ~ Karakteristik wanita dalam kitab Shahih Bukhari dan Muslim Oleh Ustazah Haslina
11.30 – 12.00 a.m : Iklan kelas resipi bersama chef Azmija ( pengurus Darul Wardah ) resipi kek Chocolate Moist with Cheese.
12.00 a.m- 12.30 p.m : Tadarrus
12.30 p.m- 1 p.m : Qalullah
1 p.m – 2 p.m : Solat zuhur berjemaah
2 p.m – 2.30 p.m : Episod keempat ~ Keikutsertaan wanita dalam Melayani Masyarakat (Dengan Mengikuti Berbagai macam Kegiatan Sosial ) Oleh Ustazah Haslina
2.30 p.m – 3.30 p.m : Latihan Dalam Kumpulan ‘Belum wanita tetapi bukan Budak Perempuan" Saudari Hawa Mas Azmar (Timbalan Pengerusi Hewi I)
3.30 p.m – 4.45 p.m : Episod kelima ~ Salah Faham tentang Hukum Wanita dalam Gerakan Islam
4.45 p.m – 5.30 p.m : Solat Asar dan al- ma’thurat
5.30 p.m – 7.00 p.m : HEWI @ Dapur
7.00 p.m - 8.00 p.m : Iftar dan Solat Maghrib
8.00 p.m – 8.45 p.m : Kuliah Maghrib oleh Ustazah Aminah
8.45 p.m – 9.30 p.m : Solat Isyak dan Tarawikh
9.30 p.m – 11.00 p.m : Forum Al- Mukminah ‘ Halatuju Wanita Muslimah dalam Malaysia’
11.00 p.m – 11.30 p.m : Dari wanita untuk wanita Oleh saudari Siti Nur Dalila, Setiausaha Kerja PKPIM pusat.
11.30 p.m – 12.00 p.m: Tadarrus
12.00 p.m : Kembara mimpi solehah.

Ahad 21 Ogos 2011

4 a.m- 5 a.m : Qiamullail
5 a.m – 6 a.m : Sahur
6 a.m – 7.30 a.m : Subuh dan Kultim
7.30 a.m – 8.00 a.m : Persiapan kendiri
8.00 a.m – 9.30 a.m : Episod keenam ~ Kepentingan Wanita dalam Menadah Ilmu
9.30 a.m – 10.00 a.m : Dhuha dan tadarrus
10.00 a.m- 11.00 a.m : Latihan Dalam Kumpulan ‘3T= Tahu Terus Tindak!’
11.00 a.m – 12. 30 a.m: Majlis Penutupan
12.30 a.m – 1.00 p.m : Persiapan Kendiri
1.00 p.m – 2.00 p.m : Solat Zuhur berjemaah.
2.00 p.m : Bersurai.


"HEWI Perkasa, HEWI Berjasa"

Friday, May 20, 2011

International Conference on “Family Problems in the Islamic World”


International Conference on “Family Problems in the Islamic World” organized by the Union of Non-Governmental Organizations of the Islamic World (UNIW) with its member Indonesian Humanitarian Committee (KKI) was ended with the final declaration.

FINAL DECLARATION

As the participants of the International Family Conference held on May 7-8th 2011 in Bandung- Indonesia on the theme of “Family Issues in the Islamic World: An Overview” with the participation of 150 NGO representatives, scholars, academicians and bureaucrats from 15 countries; we present the following issues to the attention of world public opinion:

1. Family is the most important institution, which has got no alternative, for sound individuals and societies. We expect that this importance accepted by all ancient religions and cultures will be realized today, as well; and the unity of family will be supported.

2. We propose that the social policies that facilitate family models based on Qur’an and Sunnah will be implemented in order that the problems produced by the modern culture and threatening the family institution are eliminated and the family is strengthened.

3. We attach importance to strengthening the relations of relatives in order to solve the problems originated from the nuclear family structure. In this regard, we demand that NGOs and governments develop joint projects in order to bring the culture of Silat al-Rahim (visiting family and relatives) back to life.

4. We think that solving the problems of the Islamic World such as poverty, division and ignorance must start in the family.

5. We demand that the Islamic countries develop socio-economic policies to protect and strengthen the family; and the NGOs, especially umbrella organizations like UNIW, conduct studies which will guide governments.


6. We recommend that government agencies and civil institutions do joint works for planning the physical and social environments that are suitable for family life.

7. We invite the mass-media that negatively affects the bio-psycho-socio development of the new generation to act sensitively; and to make publications respecting the family values and encouraging the family unity.

8. We demand the woman policies and the role of woman in social life to be arranged in a way that her essential duties in the family, her relations with her husband and children being in the first place, will not be prevented.


9. We underline the importance of providing all family members with social insurance, and the necessity of giving extra support to families with children, as well as old and disabled members who need nursing.

10. We propose that joint programs among Islamic countries be developed in order to promote marriage and make it easy, to educate family members before and after marriage, and to give moral support to the family.

11. We demand that legal regulations must be made in order to remove all kinds of obstacles before children education in accordance with the values adopt by families.

12. We emphasize that the traditional institution of arbitration should be brought to life in order to minimize divorces and the destructive effects it causes; and that the social mechanisms like family counseling centers should be made widespread.


5 Jumada al Thani 1432 / 8 May 2011
UNIW

Friday, April 29, 2011

Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2011

Bismillah.

Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2011
(PMGK '11)
22-24 April 2011
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
329 orang peserta dari seluruh negara.








Friday, March 11, 2011

Gerakan Kempen Kesedaran Ijtim'i & Kempen Islam Warnai Hidupku

Bsmillah.

PKPIM dengan penuh takzim menjemput sahabat-sahabat ke:

yang akan berlangsung pada

19-20 Mac 2011

bertempat di

Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti menarik seperti:








Hubungi:

Sekretariat PKPIM di talian

016-2209520

atau

email di gkki2011@gmail.com


:: HIDUP BIAR BERJASA! :)


:: Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima’i (GKKI) & Karnival Islam Warnai Hidupku (KISWAH) ::


TENTATIF PROGRAM

Jumaat (18 Mac 2011)

04:30 – 05:00 ptg : Solat Asar dan Minum Petang

05:00 – 06:00 ptg : Pendaftaran Peserta

06:00 – 07:00 mlm : Makan malam

07:00 – 08:30 mlm : Solat Maghrib, usrah & Solat Isya’

09:30 – 11:00 mlm : Taklimat program & Minum Malam


Sabtu (19 Mac 2011)

04:00 – 06:00 pg : Qiamulaill Gerakan Subuh

06:00 – 06:30 pg : Solat Subuh dan Kuliah Subuh

06:30 – 07:00 pg : Sarapan Pagi

07:15 – 08:00 pg : Pendaftaran Peserta

09:00 pg : Majlis Perasmian GKKI & Karnival Islam Warnai Hidupku

: Pelancaran Sukarelawan al-Falah YADIM

09:30 pg : Program Smart Solat

: Program Motivasi Pelajar Super

: Kaji Selidik & Praktik Da’wah (Sesi 1)

: Program Belia Prihatin

12:30 – 01:00 ptg : Rehat & Makan Tengahari

: Solat Zohor

02:30 – 02:30 ptg : Resolusi Kaji Selidik & Praktik Da’wah (Sesi 2)

04:15 – 05:30 ptg : Solat Asar

05:30 – 06:30 tgh : Riadah Komuniti

: Karnival jualan dan minuman

: Bacaan Maulid

06:30 – 07:00 mlm : Makan Malam

: Urus Diri

07:30 – 08:00 mlm : Solat Maghrib

08:00 – 08:40 mlm : Syarahan 50 Tokoh

oleh Dato’ Hasyim Yahaya (Mantan Mufti WP)

08:40 – 09:15 mlm : Solat Isyak

09:30 – 11:00 mlm : Konsert Nasyid & Qasidah Islam Warnai Hidupku

11:00 – 11:30 mlm : Jamuan

: Evaluasi-Muhasabah & Taklimat

: Bersurai



Ahad (20 Mac 2011)

05:00 – 06:00 pg : Qiamulaill

06:00 – 06:30 pg : Solat Subuh

06:30 – 07:00 pg : Kendiri

: Sarapan pagi

08:00 pg : Bengkel Pengurusan Kewangan

: Karnival Islam Warnai Hidupku

: Pameran Pendidikan

: Khidmat masyarakat

: Pemeriksaan kesihatan

: Kempen pengguna bijak

: Pendaftaran Pemilih

: Pameran agensi agama dan NGO

: Baca@LRT

12:00 – 01:00 ptg : Majlis Perasmian Penutup

-Ucapan Presiden PKPIM

-Ucapan Dato’ Che Mat Che Ali

-Ucapan Perasmian Penutup

oleh Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom

: Rehat & Makan Tengahari

: Solat Zohor

: Berkemas

: Bersurai

Thursday, February 10, 2011

Sambutan 50 Tahun PKPIM


Alhamdulillah, pada 29 Januari yang lalu, PKPIM telah menganjurkan majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PKPIM & Kempen 'Islam Warnai Hidupku' di Dewan Gemilang, Kolej 12, Universiti Malaya.

Majlis ini dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato' Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi).


Majlis ini lebih bermakna lagi dengan kehadiran ayahanda Dato.' Siddik Fadzil dari Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) yang menyampaikan ucapan untuk sesi Syarahan 50 Tokoh. Beliau merupakan antara senior PKPIM yang terlalu banyak menyumbang jasa dan berkorban jiwa raga untuk memartabatkan PKPIM sebagai salah satu medan dakwah di Malaysia. Perkongsian Ayahanda Dato Sidik Fadzil diselikan juga dengan sebuah puisi harapan untuk anak-anak muda yang sedang menerajui kepimpinan PKPIM kini.

Majlis juga telah menjemput Dato' A.Samad Said (Sasrerawan Negara) untuk mendeklimasikan puisi di dalam majlis ini. Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 200 orang ini berakhir dengan sesi sidang media bersama Dato' Saifuddin.

:: AJK Sekretariat PKPIM Pusat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung didalam majlis ini.

Monday, January 24, 2011

Kem Res-Q (Remaja Sahsiah Berkualiti)


Bismillah.

Alhamdulillah, pada 21-23 Januari yang lepas, Majlis HEWI Kebangsaan telah menganjurkan Kem Res-Q (Remaja Sahsiah Berkualiti) di Kem El-Azzhar, Morib. Lebih kurang 60 orang HEWI dan peserta telah menyertai program ini.



Antara pengisian menarik Res-Q adalah bengkel 'I'm not a girl, not yet a women' dari Ustazah Haslina (Darul Wardah) yang menekankan aspek pengenalan diri remaja perempuan terhadap perubahan-perubahan biologi dan emosi mereka. Bengkel ini mendapat respon yang sangat positif dari para peserta.

Bengkel kedua pula disampaikan oleh Puan Aminah atau lebih dikenali sebagai Auntie Am yang diterbangkan khas dari Sarawak. Beliau membincangkan soal cabaran remaja di zaman ini. Pendendahan beliau banyak memberi input kepada peserta untuk menjaga diri mereka sebaik-baiknya.

Manakala untuk aktiviti lasak team Res-Q percaya bahawa di dalam program ini, soal pendidikan tidk hanya melalui bengkel. Oleh itu peserta telah menjalani aktiviti explorace dan Hi-Rope serta Flying Fox yang bertujuan untuk menguji kecergasan fizikal, kecerdasan mental dan keyakinan diri para peserta.

Kem Res-Q berakhir dengan ucapan amanat dari pengarah program (Saudari Fatin Nur Majdina) selaku Naib Pengerusi HEWI 2 dan penutup oleh Prof. Nor Zuraida (Pusat Perubatan UM) yang banyak berkongsi soal menjaga keselamatan diri remaja.

Team Res-Q dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama setiap AJK, fasilitator, WAFA UIAM, ABIM, WADAH, mantan-mantan HEWI PKPIM (Kak Shida & Kak Sham), penceramah jemputan (Kak Na, Auntie Am dan Kak Nor), team pengurusan kem El-Azzhar, para penyumbang dana & barangan dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan Kem Res-Q.





Wallahu'alam.

Monday, January 10, 2011

Jom Menyertai Kem Remaja Sahsiah Berkualiti (ResQ-2011)



KEM REMAJA SAHSIAH BERKUALITI (ReS-Q 2011)

TARIKH:
21, 22 & 23 Januari 2011

TEMPAT:
Kem Al-Azhar, Pantai Morib, Selangor

BAYARAN:
RM 50 seorang.

SASARAN PESERTA:
Remaja berusia 15 tahun hingga 18 tahun.

ANJURAN:
MAJLIS HAL EHWAL SISWI (HEWI)
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
DENGAN KERJASAMA :
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

PENDAFTARAN:
Sdri. Asma' 013-9105099
Sdri. Anies 0132967697

Ataupun emel: hewi.resq@gmail.com

Di akhir program ini, diharap hasilnya;
1. Para peserta mengetahui dan memahami hak, tanggungjawab serta kelebihan mereka sebagai wanita
2. Memberikan kesedaran kepada para peserta bahawa mereka seharusnya mencontohi ummahatul mukminin dalam urusan seharian
3. Menyedarkan para peserta bahawa mereka bertanggung jawab ke atas keselamatan diri mereka dan mengetahui pihak-pihak yang boleh memberikan bantuan dan perlindungan kepada mereka.
4. Menyedarkan para peserta agar lebih menghargai diri sendiri dan menghormati orang lain.
5. Menyemai dan menerapkan sifat-sifat kewanitaan dan sahsiah unggul remaja seperti malu, sopan santun, dan sabar dalam diri para peserta.


Majlis HEWI PKPIM yang merupakan satu badan pelajar peringkat kebangsaan akan terus berpatisipasi dalam menangani isu ini dan bersedia bekerjasama dengan Badan Kerajaan, swasta, NGO dan masyarakat amnya. Isu keganasan terhadap remaja wanita sering dibincang dan dikupas melalui Seminar, Forum dan Ceramah.

Monday, January 03, 2011

T-Shirt HEWI..

Belakang.

Hadapan.


Assalamualikum.

Kepada sahanat-sahabat HEWI yang berminat untuk mendapatkan t-shirt HEWI (design lama) boleh emailkan nama dan no.telefon di alamat : nurr_syams@yahoo.com.

HIDUP BIAR BERJASA! (n_n)v

Monday, December 13, 2010

HIJAB AND ADVENTURE: Khaulah srikandi kental.


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah pada 4 Disember 2010M bersamaan 27 Zulhijjah 1431H saya dan beberapa rakan HEWI PKPIM (Sumayyah, Hasliza, Izzah dan Akmariah) berkesempatan menyertai program Hijab and Adventure anjuran HELWA ABIM dengan kerjasama HELWA ABIM Selangor. Peserta program ini hampir 30 orang yang terdiri daripada sahabat-sahabat HELWA ABIM Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan HEWI PKPIM UIA, UM dan lain-lain.

Objektif utama program ini ialah mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah antara para peserta di samping menghidupkan aktiviti sunnah Rasulullah s.a.w. Program ini juga diharap dapat menyediakan kemahiran asas dan latihan ketahanan fizikal bagi seorang da'ie, serta dapat melebarkan method dakwah Islamiyyah bukan sahaja kepada petugas dakwah tetapi juga kepada masyarakat.

Program bermula seawal 8 pagi dengan pendaftaran peserta, sarapan pagi dan pengisian dari Ketua HELWA ABIM Pusat, Puan Fadhlina Sidek. Beliau telah berkongsi semangat Srikandi Khaulah yang merupakan antara penunggang kuda terbaik di zaman Rasulullah s.a.w. Selain itu, kami juga dapat mengenali fitrah haiwan-kuda secara lebih dekat dan menyelami kehidupan dan peribadi kuda yang sangat unik. Subhanallah indah sungguh ciptaan-Nya.

Citra perjuangan seorang muslimah..

Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya diakui. Kemahiran dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda.

Dalam perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang menyertai perang tersebut. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Walid meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, “Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.

Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom, membunuh seorang dengan tombaknya, lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain dan mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain. Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin.

Sewaktu menyertai perang Sahura, Khaulah dan beberapa orang wanita telah ditawan oleh musuh. Mereka telah dikurung dan dikawal rapi beberapa hari lamanya tanpa senjata untuk melepaskan diri. Khaulah membakar semangat sahabat-sahabatnya setelah mendapati tiada cara lain yang lebih berkesan melainkan melawan tentera Rom yang menawan mereka walaupun mereka tidak mempunyai senjata.

Tekad para tawanan ini sudah bulat. Setelah menetapkan harinya maka mereka pun melaksanakan keputusan yang dibuat. Sebelum itu mereka berdoa sungguh-sungguh pada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang lalu. Menangis dan merayu memohon campakkan dalam hati mereka kekuatan jiwa yang kuat dan semoga Allah memudahkan pekerjaan dan berharap semoga datanglah bantuan-bantuan ghaib untuk menolong mereka. Khaulah telah memimpin segala urusan dalam pekerjaan berat itu, dia menyandang tiang kayu siap untuk berjuang. Sebelum itu dia memberi taklimat kepada anak-anak buahnya:

“Wahai saudari, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali, patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan bacaan takbir dan yang penting ialah saudari mesti kuatkan hati saudari semua. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat”.

Begitulah keyakinan Khaulah, berkat keberaniannya mereka semua terselamat dari segala bentuk bencana itu. Orang-orang Rom ketakutan kerana serangan yang datang secara tiba-tiba. Khaulah berjaya merampas sebuah tombak lalu digunakan untuk bertempur sedangkan tiang di tangan kanannya digunakan sebagai melindungi dirinya dari tusukan tombak dan tebasan pedang. Akhirnya Khaulah dan semua wanita berjaya mencerai beraikan pasukan Rom dapat melepaskan diri dan kembali ke pasukan Islam dengan selamatnya.

Begitulah kisah seorang pahlawan muslimat yang hebat. Kehebatannya tiada tandingan dan seharusnya HEWI-HEWI PKPIM mengambil iktibar dari semangat dan kekentalan jiwa Khaulah. Kekentalan hati, ketangkasan pergerakan dan kekuatan jiwa Khaulah seharusnya menjadi esensi utama yang diambil dari Khaulah untuk bekalan perjuangan HEWI PKPIM. Tinggalkan masalah hati dan gangguan-gangguan jiwa yang meresahkan perasaan.

Menyanjung citra Khaulah Al-Azwar..


HIDUP BIAR BERJASA!


Oleh:

Fatin Nur Majdina Nordin
Naib Presiden HEWI PKPIm
Sesi 2010/2011

Monday, December 06, 2010

Perjumpaan Silaturrahim Dan Merangka Usaha Bersepadu Wanita ACCIN



Oleh: Sakinah Budiman

KUALA LUMPUR 27 NOV 2010- Interactive Muslimah Association (IMAN) dengan kerjasama Kelab Wanita Gugusan Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Perjumpaan Silaturrahim Dan Merangka Usaha Bersepadu Wanita ACCIN bertempat di UKM Kampus Kuala Lumpur.

Seramai 30 orang wakil daripada 10 badan bukan kerajaan yang bernaung dibawah ACCIN menghadiri perjumpaan ini. Antaranya ialah ABIM,JIM,IIS , MACMA,WAMY,AL HUNAFA dan IMAN. Majlis HEWI PKPIM turut dijemput hadir bagi mewakili ABIM.

Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Haji Mustafa Ma mewakili Pengerusi ACCIN dan kata-kata aluan oleh Prof Madya Dr. Kamar Oniah Kamaruzzaman selaku Presiden IMAN.

Dalam ucapannya , Dr. Kamar Oniah menyatakan objektif perjumpaan ini ialah untuk menggarap pelan-pelan yang realistik dan bersepadu. Ini penting bagi memastikan usaha-usaha NGO Islam tidak bertindih apatah lagi bersaing sesama sendiri. Sebaliknya kita wajar bergerak secara komplementari, saling membantu dan melengkapi.

Antara resolusi yang diambil ialah menubuhkan satu sekretariat Muslimat ACCIN yang diselaraskan oleh Prof Dr. Amriah Buang iaitu Timbalan Presiden IMAN dan juga merupakan mantan Ketua HELWA ABIM Pusat. Antara peranan sekretariat ini ialah untuk mengkordinasi aktiviti sayap wanita NGO Islam. Sebarang isu umum dan berkaitan wanita Islam khususnya akan dibawa kepada perbincangan yang bakal dihadiri pleh para pakar yang mewakili bidang masing-masing. Keputusan perbincangan ini akan dijadikan momentum untuk direspons kepada pihak media.

Sebagai satu-satunya wakil wakil gerakan pelajar dalam perjumpaan ini, keterlibatan Majlis HEWI PKPIM menerima sambutan yang amat baik oleh ACCIN. HEWI juga merasakan kerjasama ini mampu membantu gerak kerja HEWI dan secara tak langsung memberi pendedahan serta latihan advokasi kepada HEWI.

Semoga kerjasama ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan dengan jayanya.

HIDUP BIAR BERJASA, REDHA ALLAH YANG KITA CARI


http://www.ricoi.org/activities/accin

Wednesday, April 16, 2008

ZIARAH PANTAI TIMUR


Pada 6-9 April lalu, saya berkesempatan bersama Exco PKPIM menziarahi negeri-negeri di Zon Pantai Timur. Ziarah ini merupakan ziarah siri pertama sebelum siri ziarah ke negeri-negeri di Zon Selatan dan Zon Utara nanti. Ziarah Pantai Timur ini merangkumi negeri Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Program ini bertujuan untuk teman-teman yang berada di Pantai Timur.

Perjalanan kami ke destinasi pertama iaitu Kelantan memakan masa hampir 8 jam. Setibanya di Kota Bharu, kami disambut baik oleh Ustaz Farid dan saudara Shahidan (wakil Briged Bakti) di bangunan Sekretariat ABIM Kelantan. Selepas bersarapan, kami dibawa oleh Shahidan ke Islamic Outreach ABIM (IOA) Kelantan di Ketereh. Kedatangan kami di IOA Kelantan disambut mesra oleh saudara Abdullah bin Muhd Nawi (Exco Penataran ABIM Kelantan) dan ahli jawatankuasa IOAnya. Pertemuan kami bersama mereka selama dua jam itu banyak menyentuh kepada pengenalan dan perkembangan IOA dalam misi penyebaran da'wah di perkampungan orang asli yang terletak di Gua Musang. Selain membantu orang asli di kampung, mereka juga menyediakan kelas bimbingan fardhu 'ain bagi anak-anak orang asli di pusat IOA. Rata-rata yang menjadi ahli jawatankuasa IOA merupakan sukarelawan yang datang dari seluruh Kelantan dan pelusuk negara. Menurut saudara Abdullah Muhd Nawi atau lebih dikenali sebagai Pok Lah, seramai lebih kurang 2000 orang asli telah diislamkan semenjak penubuhan IOA Kelantan pada tahun 1988.

Selepas makan tengahari di IOA, kami kembali ke Sekretariat ABIM Kelantan untuk bertemu dengan ahli Briged Bakti dan wakil Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK). Briged Bakti merupakan sebuah persatuan badan unit beruniform sekolah yang ditubuhkan oleh ABIM di Kelantan. Persatuan beruniform mirip persatuan pengakap dan kadet remaja ini mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya daripada pelajar sekolah menengah kerana persatuan ini lebih mengetengahkan aspek islamik dan rohani dalam berpasukan berbanding yang lain. Pertemuan yang dipengerusikan oleh saudara Mohd Faizul Afzan memberi peluang kepada PKPIM dan PPIK untuk merapatkan ukhwah dan menceritakan perkembangan masing-masing. Selain itu, pertemuan ini memberi peluang untuk kami berkongsi pengalaman bersama ahli-ahli briged mengenai kehidupan dunia kampus. Tambahan pula, pendedahan mereka terhadap dunia kampus di peringkat awal adalah wajar supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran di kampus kelak. Seperti kata saudara Afzan, "hendak berdakwah bukan dalam konteks sempit, tetapi perlu dalam konteks yang luas".

Petang itu, kami menunaikan solat 'Asar di Ma'had Darul Anuar, Pulau Melaka dan kemudian ke rumah Ustaz Muhamad Mustafa, mantan Timbalan ABIM Pusat. Dalam pertemuan singkat itu, kami sempat membincangkan perihal mahasiswa dan kampus pada era ini. Beliau berharap agar mahasiswa dapat merancang sebuah badan induk untuk menerbitkan suara mahasiswa. Selain itu, beliau berharap agar kerajaan lebih berlaku adil kepada rakyat pada masa akan datang.

Pada malamnya pula, kami telah ke Rumah Putera Harapan. Untuk pengetahuan semua, ABIM Kelantan memiliki dua buah rumah anak yatim. Rumah Putera Harapan untuk kanak-kanak lelaki manakala Rumah Puteri Harapan untuk kanak-kanak perempuan dan kedua-dua bangunan ini terletak berasingan. Kami sempat beramah mesra bersama-sama 31 orang anak-anak yatim dengan aktiviti-aktiviti bermodul.

Hari kedua ziarah, kami ke negeri Terengganu Darul Iman. Destinasi pertama kami di Terengganu merupakan rumah saudari Akmariah, Exco PKPIM yang terletak di Batu Rakit, Tok Jiring. Kami disambut mesra oleh kedua ibu bapa Akmariah meskipun beliau tiada kerana beliau berada di kampus ketika itu. Kami dipelawa untuk makan tengahari bersama.

Selepas itu, kami menziarahi teman-teman di Universiti Darul Iman (UDM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dalam sesi ziarah ini, kami telah berjumpa dengan ahli ABIM Terengganu iaitu Sdri. Norsalimah dan Sdr. Zulkifri dan KEPITAR. Sebelum beranjak, Sdri. Norsalimah menyeru agar semua ahli PKPIM membaca dan menghadam buku-buku gerakan dan mempraktikkan solat sunat istikharah sebelum membuat sebarang keputusan. Realitinya ahli-ahli sedia ada amat tenang dan tabah menghadapi dugaan.

Selepas pertemuan itu, kami ke Kuala Terengganu melawat Taman Tamadun Islam. Kami sempat singgah ke Kampung Losong untuk membeli keropok lekor atau 'keropok losong' sebagai buah tangan. Kemudian kami ke Masjid Kristal untuk menunaikan solat Maghrib. Selepas makan malam di Restoran Terapung, kami bertolak ke Pahang dan bermalam di Kuantan.

Di Kuantan, kami bertemu dengan teman-teman di kampus Universiti Islam Antarabangsa kampus Kuantan yang terletak di bandar Indera Mahkota. Di sana, kami bertemu dengan saudara Abu Qassim bin Nor Azmi , saudara Ahmad Safwan bin Mohammad dan beberapa orang muslimat. Antara perkara yang dibincangkan ialah untuk mengadakan Kem Kepimpinan pada bulan Mei ini.

Tengahari itu, kami bersama menikmati makan tengahari di tebing Sungai Pahang di bandar Kuantan. Selepas makan, kami ke Sekretariat ABIM Pahang untuk bertemu dengan saudara Amidi. Pertemuan terakhir ini menamatkan ziarah kami ke tiga negeri selama tiga hari. Terima kasih kepada Abang Hilmi, Abang Naim, Abang Saifullah, Abang Mk, Abang Akmal, Kak Munirah dan Kak Mar yang sudi mengajak saya bersama menjelajah pantai timur.

HAWA MAS AZMAR BT AHMAD

UIA KUANTAN

APRIL 2008