Monday, January 24, 2011

Kem Res-Q (Remaja Sahsiah Berkualiti)


Bismillah.

Alhamdulillah, pada 21-23 Januari yang lepas, Majlis HEWI Kebangsaan telah menganjurkan Kem Res-Q (Remaja Sahsiah Berkualiti) di Kem El-Azzhar, Morib. Lebih kurang 60 orang HEWI dan peserta telah menyertai program ini.



Antara pengisian menarik Res-Q adalah bengkel 'I'm not a girl, not yet a women' dari Ustazah Haslina (Darul Wardah) yang menekankan aspek pengenalan diri remaja perempuan terhadap perubahan-perubahan biologi dan emosi mereka. Bengkel ini mendapat respon yang sangat positif dari para peserta.

Bengkel kedua pula disampaikan oleh Puan Aminah atau lebih dikenali sebagai Auntie Am yang diterbangkan khas dari Sarawak. Beliau membincangkan soal cabaran remaja di zaman ini. Pendendahan beliau banyak memberi input kepada peserta untuk menjaga diri mereka sebaik-baiknya.

Manakala untuk aktiviti lasak team Res-Q percaya bahawa di dalam program ini, soal pendidikan tidk hanya melalui bengkel. Oleh itu peserta telah menjalani aktiviti explorace dan Hi-Rope serta Flying Fox yang bertujuan untuk menguji kecergasan fizikal, kecerdasan mental dan keyakinan diri para peserta.

Kem Res-Q berakhir dengan ucapan amanat dari pengarah program (Saudari Fatin Nur Majdina) selaku Naib Pengerusi HEWI 2 dan penutup oleh Prof. Nor Zuraida (Pusat Perubatan UM) yang banyak berkongsi soal menjaga keselamatan diri remaja.

Team Res-Q dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama setiap AJK, fasilitator, WAFA UIAM, ABIM, WADAH, mantan-mantan HEWI PKPIM (Kak Shida & Kak Sham), penceramah jemputan (Kak Na, Auntie Am dan Kak Nor), team pengurusan kem El-Azzhar, para penyumbang dana & barangan dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan Kem Res-Q.





Wallahu'alam.

No comments: