Tidak dinafikan, kebanyakan peranan wanita tidak terlihat jelas akibat dari pengaruh budaya masyarakat yang melihat wanita sebagai golongan yang lemah dan tidak lebih baik berbanding lelaki. Ramai melihat peranan wanita dari kaca mata budaya berbanding dari apa yang telah termaktub di dalam Al-Qur’an dan Hadith. Malah dari sudut keilmuan, penafsiran hadith yang tidak melihat kepada content (isi) dan konteks juga menyebabkan salah faham ini menjadi sandaran turun temurun.
Yang paling merbahaya, salah faham ini dijadikan hujah oleh puak-puak extremist yang mengongkong wanita dengan agama, dan puak feminist yang kononnya memperjuangkan hak kesamarataan antara wanita dan lelaki.
Menadah Kitab Tahrirul Mar’ah (Kebebasan Wanita) karangan Imam Abdul Halim Abu Syuqqah memberikan pencerahan kepada ertikata 'kebebasan' yang sebenar. Ia bukanlah kebebasan yang sama yang cuba dibawakan oleh golongan 'feminist' yang mengambil pengertian bebasnya wanita itu adalah seperti lelaki dan haknya juga sama seperti lelaki. Malah bukan juga kebebasan yang disalah ertikan oleh golongan extrimist yang mengambil hadith-hadith sahih namun tidak meletakkan ia sesuai pada tempatnya lalu menjadi nilaian wanita sebagai kurang akal atau kurang agama.
Kebebasan Wanita yang cuba dibawa oleh Islam bermaksud, membebaskan wanita dari kongkongan pemikiran yang jumud dan salah faham akan peranan wanita yang sebenarnya. Allah telah meletakkan kedudukan wanita di tempat yang tertinggi sesuai dengan peranannya yang menyempurnakan kekurangan lelaki. Keduanya di ciptakan berbeza untuk melengkapi, bukan berbeza untuk membuktikan diri lebih baik dari yang lain.
Sesi Tadah Kitab kali ini membawa kami menonton semula filem “Wanita Berkalong Sorban” (biarpun masih ramai yang belum menontononya). Terkenang kata-kata Ustazah Haslina, “..dalam filem ini terkandung jawapan kepada persoalan yang dibincangkan di dalam kitab ini.” Merujuk kepada Kitab Tahrirul Mar’ah jilid satu.
Perbincangan berkisar soal peranan sebenar wanita dalam Islam dan letak duduknya hukum bagi wanita dalam beberapa perkara. Malah persoalan hak wanita juga banyak ditekankan di dalam kitab ini. Sebagai contoh hukum wanita terlibat di dalam peperangan dan hijrah, hak wanita meminta penceraian, keikutsertaan dalam menjaga masyarakat, hak untuk mendapat pendidikan, dan lain-lain lagi.
Bab terakhir dalam jilid pertama menekankan mengenai salah faham dan silap tafsiran terhadap hadith-hadith Nabi yang menunjukkan kelemahan dan kekurangan wanita berbanding lelaki. Hadith-hadith inilah yang kebanyakannya menjadi sandaran pihak feminist dan extremist yang menyalah tafsir hadith ini demi kepentingan masing-masing.
Di dalam jilid yang kedua, melalui sirah Rasulullah s.w.t, beliau telah mengangkat darjat wanita ke tempat yang tinggi dan mulia. Beberapa sosok wanita mulsimah yang diangkat namanya pada zaman Rasulullah ditampilkan karekter dan peranannya sehingga diberi pengiktirafan oleh Rasulullah s.w.t sendiri. Peranan dan karekter inilah yang perlu dicontohi oleh Muslimah masa kini.

"Barangsiapa yang menghendaki kebaikan dunia, hendaklah berilmu. Barangsiapa yang menghendaki kebaikan Akhirat, hendaklah beilmu. Dan barangsiapa yang menghendaki kebaikan dari keduanya, hendak pula dengan ilmu" (hadis).Alhamdulillah. Semoga sesi tadah Kitab yang seterusnya dalam memberi banyak lagi ilmu kepada kaum wanita mengenali diri dan potensi mereka yang sebenar. InsyaAllah.
1 comment:
Assalamualaikum,
Boleh tau kat mana saya boleh dapatkan kitab ni? Ada dijual kat mana-mana tak?
Post a Comment