Wednesday, July 23, 2008

LAPORAN KONVENSYEN MAHASISWA: MENGISI REALITI SEMASA

Negara Malaysia terkenal dengan penduduknya yang berbilang kaum. Bangsa Melayu sebagai penduduk majoriti menjadi bangsa teras Malaysia diikuti dengan bangsa Cina dan India serta kaum minoriti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Keistimewaan Multietnik yang wujud di Malaysia adalah disebabkan oleh rahmat perpaduan yang dikecapi oleh semua penduduk di Negara ini.. Namun, kebelakangan ini, perpaduan Negara mula membibitkan perpecahan di antara kaum. Hak-hak kaum Melayu sebagai penduduk asal bumi Malaysia mula dicabar dan diganggu-gugat oleh kaum-kaum lain. Persoalan kontrak sosial, Dasar Ekonom Baru (DEB), isu bahasa dan agama Islam mula menarik perhatian rakyat terutamanya kaum Melayu. Keretakan perpaduan ini juga berpunca daripada kualiti kepimpinan Negara yang lemah dalam memperkemas dan mengaplikasi dasar kebudayaan kebangsaan demi kemaslahatan Negara melebihi ideologi politik perkauman. Inilah realiti semasa yang perlu dihadapi oleh generasi muda masa kini.

Justeru itu, bagi mengupas dan membincangkan realiti semasa ini, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Konvensyen Mahasiswa: Mengisi Realiti Semasa pada hari Sabtu bersamaan 12 Julai 2008/9 Rejab 1429 AH yang lalu. Konvensyen yang dihadiri oleh hampir 200 mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai IPTA dan IPTS seluruh Negara telah berlangsung di Dewan Seminar DBP. PKPIM telah menggariskan beberapa objektif konvensyen seperti berikut;

1. Mengumpulkan mahasiswa-mahsiswi universiti dari Institusi Pengajian Awam seluruh Negara.
2. Mengupas isu-isu semasa dari pelbagai tokoh melalui pembentangan kertas kerja dan ketika sesi soal jawab yang interaktif.
3. Mewujudkan kefahaman kepada generasi muda berkenaan isu-isu semasa yang dibincangkan.

PKPIM juga menganjurkan Konvensyen ini untuk mencapai beberapa matlamat;

1. Ke arah menggerakkan aktiviti dan program perbincangan isu semasa di kalangan mahasiswa peringkat kebangsaan.
2. Ke arah meningkatkan kualiti mahasiswa-mahasiswi di dalam memahami isu serta mempunyai rasa tanggung-jawab terhadap Negara.
3. Ke arah perpaduan di kalangan generasi muda yang lebih mapan.

Konvensyen ini telah menjemput panel-panel penceramah yang terkemuka dan pakar dalam memberi kefahaman kepada para mahasiswa-mahasiswi dan membincangkan isu-isu secara mendalam dan tuntas. Ucap utama dan majlis perasmian konvensyen telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Awang Sariyan. Beliau merupakan Penyandang Kerusi Pengajian Melayu-China di Universiti Pengajian Beijing. Dalam ucap ngan Perjuangan Bangsa Melayu Sebagai Bangsa Teras dan Isu-Isu Semasa yang Perlu Ditangani.”

Konvensyen ini mempunyai tiga (3) slot. Slot pertama membicarakan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan; Realiti Hala Tuju Malaysia. Panel penceramah yang diundang dalam membincangkan isu ini ialah YBhg. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran , pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bersama Faisal Tehrani, penulis novel muda yang terkenal. Slot kedua pula diisi oleh YBhg. Dato. Dr. Hassan Ahmad merangkap Pengerusi Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau mengupas dan berdiskusi tentang tajuk “Merealisasikan Perpaduan Rakyat”. Beliau menyentuh tentang syarat perpaduan rakyat di Malaysia serta dasar pelajaran kebangsaan dan dasar ekonomi baru yang menjadi asas perpaduan antara kaum. Slot ketiga dan terakhir yang membincangkan fokus dan peranan generasi muda dalam mengisi realiti semasa memperkenalkan barisan pemimipin-pemimpin muda dari pelbagi persatuan iaitu, Presiden PKPIM sendiri, sdr. Hilmi Ramli, wakil Gabungan Pelajar Melayu seMalaysia (GPMS), sdr. Mohd Sahar Abdullah, Presiden Gabungan Anak Muda Islam SeMalaysia (GAMIS), Mohd Dzulkhairi, Presiden Majlis Perunding Pelajar Kebangsaan (MPPK), sdr. Affandy Sutrisno Tanjong dan juga wakil dari Youth For Change (Y4C), sdr. See Tho Chee Seong. Ketiga-tiga slot ini mendapat partisipasi dan respon yang memberangsangkan daripada para peserta yang hadir terutama dalam sesi soal jawab di penghujung setiap slot.

Sebagai penutup, sdr Muhammad Bukhori Bin Alias Naib Presiden PKPIM merangkap Pengarah Konvensyen Mahasiswa telah menyampaikan beberapa hasil rumusan Konvensyen Mahasiswa pada kali ini. Berikut merupakan hasil rumusan tersebut:

1) Kita sebagai generasi muda, harus menyediakan dan memugar penghayatan nilai-nilai yang telah termaktub di dalam dasar kebudayaan kebangsaan kepada generasi muda agar kita memahami bahawasanya dasar ini penting buat survival generasi muda kini dan pada masa akan datang.

2) Mengukuhkan perpaduan generasi muda dengan bertunjangkan kefahaman yang jelas terhadap dasar kebudayaan kebangsaan dan bukan terhad kepada soal percampuran atau gabungan rapat yang bersifat kosmetik.

3) Mencambahkan wacana ilmiah dan risalah berkaitan semangat kewarganegaraan dan kesatuan sebagai satu rakyat Malaysia yang saling menghormati hak dan tanggungjawab masing-masing.


PKPIM akan cuba mengumpulkan semua kertas kerja dan catatan untuk di jadikan sebuah monograf. Langkah ini dibuat supaya perbincangan ini dapat dijadikan rujukan dalam menyusun tindakan-tindakan dalam merealisasikan segala saranan dan cadangan dalam memperkasa semula Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan perpaduan rakyat Malaysia pada masa akan datang.


Disediakan oleh, 13 Julai 2008

Faridah binti Mohd Tap
Setiausaha
Konvensyen Mahasiswa: Mengisi Realiti Semasa



Perasmian oleh Prof. Dr. Awang Sariyan

Duduk semeja :
Ketua Pemimpin Persatuan Pelajar

1 comment:

Anonymous said...

sALAMULLAHI ALAIK..
Sangat2 berkesan dan memberangsangkan isi yang di kupaskan dalam konvensyen.
Saya ada membuat sedikit ringkasan daripada isi konvensyen tersebut untuk peringatan diri sendiri.
Moga program yang akan datang akan terus mantap dan beremansipasi.
HIDUP BIAR BERJASA!!