Friday, July 25, 2008

TAMRIN NISA' KEBANGSAAN 2008

Peserta TNK08
Duduk mendengar ceramah

LAPORAN TAMRIN NISA’ KEBANGSAAN 2008

Sebagaimana kebiasaannya pada setiap tahun, bagi memperkasakan partisipasi HEWI dalam menangani isu-isu kemasyarakatan terutamanya yang melibatkan wanita, remaja dan kanak-kanak, Program Tamrin Nisa’ Kebangsaan telah dilangsungkan dengan jayanya pada 18-20 Julai 2008 bersamaan 15-17 Rejab 1429 yang bertempat di FEDEC, Ampang. Exco-exco dari setiap kampus yang hadir berusaha untuk mencapai objektif Tamrin Nisa’ antaranya memperkukuh dan memantapkan lagi sistem pengurusan dan pentadbiran dalam setiap organisasi.

Beberapa Forum dan kuliah telah dilaksanakan sepanjang perjalanan program ini. Diantaranya ialah ‘Menghadapi Kemelut Permasalahan Wanita Islam:Di manakah Partisipasi HEWI PKPIM?’ oleh Puan Azini Othman. Di dalam forum ini, peserta diminta untuk menghuraikan pengertian partisipasi iaitu menyenaraikan permasalahan dan cara penyelesaiannya. Penceramah juga menyentuh beberapa aspek penting yang perlu ada pada setiap ahli HEWI seperti kefahaman isi al-quran, konsep batiniah dan ketepatan masa. Tajuk bagi forum dan kuliah-kuliah yang lain ialah ‘Kalau Takut Menghadapi Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan’ oleh Adibah binti Ahmad dan Hilwah Izwah bt Hussain, ‘Mampukah Aku Menjadi Sehebat Zainab al-Ghazali’ dan ‘Peri Penting Berhikmah Dalam Gerak Kerja Di Kalangan Muslimah’.

Pada malam terakhir program, mantan-mantan exco kepemimpinan telah dijemput bagi memberikan bimbingan, sokongan dan panduan kepada peserta untuk melaksanakan ‘Plan of Action’ bagi setiap kampus. Setiap pelan yang dirangka akan dibentangkan oleh setiap wakil kampus pada hari terakhir program.

Program Tamrin Nisa’ berakhir selepas nyanyian lagu rasmi PKPIM dan bacaan Doa Wehdah. Program berakhir dengan harapan yang mekar agar setiap yang dirancang semasa program berlangsung berjaya dilaksanakan dan setiap peserta dapat mengambil input yang berguna untuk disampaikan pada ahli-ahli yang lain.

Disediakan oleh,

SITI SAIDATUN NAFISAH BT AB HAMID.

No comments: