"ia harus menjadi tauladan dalam menjaga iffah (kehormatan) , hijab dan amal soleh. Hendaknya dia menjauhi tabarruj dan ikhtilath (bercampur-baur antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim) yang itu adalah terlarang hingga dia berdakwah dengan ucapan dan perbuatan dalam meninggalkan apa yang diharamkan Allah atasnya."Di dalam tuntutan menyeru kepada ma'ruf dan mencegah pada yang munkar, timbul persoalan akan peranan muslimah/wanita di dalam berdakwah. Apakah muslimah juga mempunyai kewajipan yang sama dengan muslimin di dalam beramar ma'ruf dan nahi munkar? apakah ada dalil2 yang memberikan kewajpan berdakwah kepada muslimah/wanita dan adakah wujud batasan-batasan yang perlu dijaga oleh seseorang muslimah di dalam menunaikan tuntutan tersebut. Ya, sudah pastilah terdapat penerangan-penerang an dan usaha-usaha yang dilakukan oleh para ulama didalam menguraikan permasalahan tersebut.Sepertimana penerangan yang diuraikan oleh Syaikh Abdul `Aziz bin Abdullah bin Bazz Rahimahullah di dalam Majmu`Fatawa wa Maqaalat, 7/323-326), beliau mengariskan dengan dalil2 Al-Quran dan As-sunnah yang mencangkupi semuanya.
Di antara dalil-dalil dari Al-Quran:"Kaum mukminin dan mukminat, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian lainnya. Mereka menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar." (At-Taubah : 71)
" Kalian adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi manusia. Kalian menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar serta kalian beriman kepada Allah." (Ali Imron : 110)
Beliau juga menguraikan akan kewajipan muslimah/wanita agar menjada adab-adab yang sesuai dengan shari'ah sepertimana juga kepada muslimin/lelaki dan juga harus bersabar di dalam mengharapkan pahala dari Allah ta'ala." Bersabarlah kalian, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." (Al-Anfal : 46)
Dan juga firman Allah azza wajalla yang menceritakan ucapan Luqman kepada anaknya:"Wahai anakku, dirikanlah solat, suruhlah kepada yang ma`ruf, laranglah dari yang mungkar dan bersabarlah engkau menghadapi apa yang menimpamu, kerana itu adalah perkara yang diwajibkan Allah." (Luqman : 17)
Beliau juga menegaskan agar muslimah/wanita yang berdakwah agar menjaga ada-adab yang digariskan oleh shari'ah sepertimana tegas beliau: dia harus menjadi tauladan dalam menjaga iffah (kehormatan) , hijab dan amal soleh. Hendaknya dia menjauhi tabarruj dan ikhtilath (bercampur-baur antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim) yang itu adalah terlarang hingga dia berdakwah dengan ucapan dan perbuatan dalam meninggalkan apa yang diharamkan Allah atasnya.Beliau juga ditanya apakah perlu disediakan waktu untuk wanita agar dia berdakwah kepada Allah? beliau menjawab: Saya tidak dapati ada larangan dalam hal itu.
Jika ditemui ada wanita solehah yang boleh berdakwah, maka selayaknya dia dibantu, diatur waktunya, diminta darinya untuk membimbing para wanita sejenisnya, kerana memang para wanita perlu kepada para pembimbing wanita. Adanya wanita seperti ini di kalangan wanita lainnya kadang lebih bermanfaat dalam menyampaikan dakwah untuk mengajak kepada jalan yang benar daripada lelaki. Kadang kala wanita-wanita itu malu bertanya kepada da`i yang lelaki, sehingga dia menyembunyikan apa yang seharusnya dia tanyakan. Kadang pula dia terlarang untuk mendengarkan dakwah daripada lelaki.
Namun jika da`inya wanita, dia tidak demikian. Kerana dia boleh berdekatan dengannya dan menyampaikan apa yang perlu baginya serta hal itu lebih besar pengaruhnya.Maka dengan adanya penguraian ini yang dilakukan oleh para ulama' dapat kita ketahui bahawa muslimah/wanita juga menpunyai kewajipan sama dengan lelaki di dalam berdakwah kepada Allah. Hendaklah wanita yang mempunyai ilmu agar menjalankan kewajipan dakwah ini serta memberi nasihat pada yang lain dengan membawa kebaikan semampu yang boleh. sepertimana firman Allah ta'ala:"Ajaklah mereka kepada jalan Rabb-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta debatlah mereka dengan cara yang paling baik." (An-Nahl : 125)
"Katakanlah: Inilah jalanku, aku berdakwah kepada Allah berdasarkan bashiroh (ilmu), aku dan orang yang mengikutiku. " (Yusuf : 108)
"Dan siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh dan dia mengatakan: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (Islam)." (At-Taghabun: 16)
Menurut syaikh Abdul Aziz bin Baz ayat-ayat seumpama ini cukup banyak dan mencakupi lelaki dan wanita.wallahu'lam
Bro Zaiman Al-Besuty
No comments:
Post a Comment