Di sebalik kehebatan HAMKA berdirinya seorang wanita.(Siti Raham).
Menyingkap kisah-kisah lelaki yang hebat pasti disebaliknya seorang yang bergelar wanita, samaada dia adalah ibu, isteri, teman, saudara-saudara perempuan dan berkemungkinan juga seorang musuh yang bergelar wanita. Bak kata pepatah ‘belakang seorang lelaki ( samada kejayaan atau kegagalan ) ada seorang wanita’.
Membongkar sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang diiringi kehidupannya bersama 2 orang wanita yang cukup hebat pada waktu itu. Saidatina Khadijah dan Saidatina Aisyah ra, namun kali ini penulis akan membongkar kisah kehidupan Hamka yang diuruskan oleh seorang wanita yang bernama isteri.
Bermula kisah kehidupan Hamka yang berkahwin sejurus selepas dia kembali dari Mekah. Setelah mengadap bapanya, Hamka diminta oleh datuk saudaranya untuk berkahwin bagi mengubati hati ayahnya yang sedang berduka dan dia telah ditunangkan dengan seorang gadis pilihan keluarganya. Setelah bergelar suami kepada Siti Raham, perjalanan pasangan muda ini diiringi kesusahan namun keduanya hidup bahagia sebagai suami isteri.
Pada awal perkahwinan tidaklah menjanjikan kewewahan buat mereka hatta sembahyang pun berganti-ganti kerana hanya mempunyai sehelai kain sarung, tapi wanita yang bernama Siti Raham ini mempunyai hati yang mulia dan rendah diri, dia tidak akan meminta apa- apa diluar kemampuan suaminya.
Sewaktu dalam kemiskinan, dia telah mengadaikan barang kemas, pakaian terpilih miliknya untuk membeli beras bagi memberi sesuap nasi kepada anak dan suami, teladannya agak dekat dengan Siti Khadijah ra yang mengunakan hartanya membantu perjuangan Rasulullah. Dialah yang sering membakar semangat Hamka untuk berjuang di jalan dakwah tanpa menuntut gaji bulanan yang tinggi tapi dia berjaya mengurus hidup keluarganya. Melahirkan dan mendidik sepuluh orang anak bukanlah satu perkara yang mudah, belum dikira lagi dengan anak-anak angkat yang dipanggil anak kesebelas yang juga tinggal bersama untuk menumpang kasih.
Kekuatan Siti Raham atau Ummi yang dibahasakan kepada anak-anaknya dalam menyokong pekerjaan suaminya mungkin tiada tandingnya.Kesibuka n Hamka dalam berdakwah dan menulis menuntut beliau menguruskan segala keperluan suami dan anak-anak disamping memberi didikan yang sempurna kepada mereka dalam menuntut ilmu. Tembok kekuatan hatinya telah diuji bilamana Hamka dipenjarakan selama dua tahun setengah oleh pemerintah, melalui hidup bersama anak-anak tanpa suami disisi pasti mengundang pelbagai cabaran dan tomahan. Namun dikuatkan hatinya demi anak-anak tersayang, ketika itulah gelaran seorang bapa dijunjungnya dengan penuh amanah. Besar amanah yang dipikul namun itulah pengorbanan yang sekiranya niat untuk mencapai keredhaanNya menjadi satu ibadah, seperti yang telah difirmankan didalam Al-Quran yang bermaksud,
“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh kepada kepada yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendidirkan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
Sepanjang penahanan Hamka, segala buku dan artikelnya telah diberhentikan pengedaran dan penerbitanya tetapi untuk menjaga hati suami, Siti Raham tidak sesekali menceritakan perkara tersebut kerana ditakuti menjadi satu kesedihan buat suami. Semestinya Hamka mempunyai anugerah yang paling bernilai sepanjang hidupnya. Dan menghargai anugerah itu menjadi amanah dengan menjaga kebajikan dan kehormatan isterinya. Hamka seorang bapa yang tegas serta penyayang dan suami yang disanjung tinggi oleh si isteri.
Pada suatu masa setelah Hamka dibebaskan, beliau dijemput untuk mengadakan pengajian agama di Makasar dan kehadiran ibunya menyebabkan masyarakat meminta untuk mendengar pidato darinya. Hadirin menunggu dan Hamka berdebar-debar dengan apa yang bakal diucapkan.
“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,” katanya dengan lancar dan tetap tersenyum. “Saya diminta berpidato, tapi sebenarnya ibu-ibu dan bapa-bapa sendiri memaklumi bahawa saya tak pandai berpidato. Saya bukan tukang pidato seperti Buya Hamka. Pekerjaan saya adalah menguruskan tukang pidato, sejak dari memasakkan makanan hingga menjaga kesihatannya. Oleh kerana itu maafkan saya tidak boleh bicara lebih panjang. Wassalamu’alaikum warahmatullah,” katanya dan dia turun dari mimbar.
Diluar dugaan, hadirin yang ribuan jumlahnya bertepuk tangan riuh sekali. “Hidup ummi, hidup ummi!”. Ketika itulah gugurnya airmata seorang lelaki juga suami kerana sangat terharu dengan kehebatan isterinya.
Dalam kebudayaan Minangkabau sejak lama yang kemudian berkembang menjadi “adat bersendi syara’, syara’ bersendi kitabullah” menempatkan wanita sebagai ‘orang rumah’ dan ‘pemimpin’ masyarakatnya dengan sebutan “bundo kandung”, menyiratkan kukuhnya kedudukan perempuan Minangkabau pada posisi sentral. Dalam budaya Minangkabau perempuanlah pemilik seluruh kekayaan, rumah, anak, suku bahkan kaumnya. Begitulah Siti Raham sebagai tokoh wanita dalam rumpun melayu, inilah wanita yang berketurunan Minangkabau menyempurnakan generasinya
Dari zaman Rasulullah SAW lagi sudah berdiri wanita-wanita yang hebat dan menjadi rentetan tauladan buat ummat selepasnya, antara wanita-wanita yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT ialah penghulu wanita di Syurga Fatimah Az-Zahra, Siti Khadijah, Siti Aisyah, Mashitah, Maryam, dan ramai lagi telah diriwayatkan di dalam Al-Quran. Tidak ada alasan bagi wanita zaman ini untuk mengelakkan dari tugas-tugas seorang wanita, sudah termaktub dalam Kitab Allah, walaupun kita mengetahui tanggungjawab suamilah yang menyediakan, makan, pakaian dan tempat tinggal kepada isteri namun dengan anugerah rahim kepada seorang wanita yang membawa kepada sifat pengasih dan penyayang, menuntut insan bernama wanita membantu tugas-tugas suami. Itu sebagai tandaan kasih dan sayang dari jiwa yang luhur.
“Orang-orang penyayang akan disayangi oleh Yang Maha Penyayang, maka sayangilah penduduk bumi agar yang di langit ikut pula menyayangimu.” (HR.Abu Daud)
Indah kehidupan berkeluarga dengan terbinanya persekitaran yang baik(biah solehah), maka dengan itulah Allah telah menciptakan setiap pasangan itu dari jenisnya sendiri, agar rumahtangga yang diharungi lebih mudah dimudiki laksana sampan berpendayung sama. Ini telah di firmankan di dalam kitabNya :
"dan di antara tanda tanda kekuasanNya ialah dia menciptakan untukmu isteri isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan Nya di antaramu rasa mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir.“ (Surah ar-Rum :21)
Jika dibandingkan dengan wanita zaman sekarang, tidak banyak bezanya. Sekitar 70an wanita mula menonjol dalam bidang akademik dan menjelajah ke tempat-tempat pengajian tinggi diserata tanah air dan tidak kurang juga perempuan-perempuan yang tidak menyambung pelajaran namun bertungkus lumus membantu ibubapa menyekolahkan adik-adik untuk meringankan beban keluarga. Kehebatan perempuan –perempuan ini bercambah dalam jiwa yang halus, tak nampak secara zahir dek tertutup dengan ketabahan yang tinggi.
Begitulah kata-kata orang tua “seorang ibu boleh menjadi bapa tapi seorang ayah belum tentu boleh menjadi seorang ibu”. Pepatah keramat ini terbukti bilamana ibu-ibu tunggal mampu melahirkan dan membesarkan anak-anak yang berguna tanpa seorang bapa iaitu suami disisi.
Bagi seorang surirumah, pasti kerja-kerja rumahtangga menjadi rutin hariannya dan terikat dengan jadual menguruskan suami, anak-anak dan rumah sepanjang hari. Ketelitian hasil tangan wanita teserlah dari kebersihan bilik air, dapur hinggalah ke bilik tidur, dari makan minum anak-anak dan suami hinggalah ke pakaian mereka, semua itu dikendalikan dengan tangan yang penuh kasih sayang beserta tadahan doa buat kesejahteraan keluarganya. Selain itu tidak kurang juga yang mengambil tugas-tugas suami seperti membayar bil air, elektrik, telefon, menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah, menghadiri temu murni dengan guru disekolah hatta bersama dalam mesyuarat PIBG. Itulah peranan seorang isteri dan ibu dalam meringankan beban suami dek kesibukan kerja seharian.
Wanita bukan sahaja mampu melahirlah anak-anak yang hebat tapi mampu melahirkan suami yang hebat, jika diperhatikan kisah-kisah orang yang berjaya, kebanyakanya bermula setelah berumahtangga, perkongsian hidup dengan isteri memandu mereka kearah kejayaan. Di sinilah keampuhan jiwa seorang wanita dalam menjaga dan mendidik hati suami. Bertindak sebagai seorang ahli psikologi kepada suami mahupun anak-anak, malah menjaga maruah dan kehormatan diri sebagai cerminan peribadi suami.
Mungkin dalam era ini, kebanyakan wanita beruntung kerana mendapat suami yang bergaji tinggi ditambah lagi mempunyai kerjaya sendiri tetapi bagaimana pula dengan yang memiliki kehidupan yang sederhada juga yang daif? Di sinilah wanita diuji sama ada dari aspek fizikal mahupun lahiriah.
Wanita yang menjaga dirinya dengan berpandukan A-Quran dan As-Sunnah telah dijamin Syurga oleh Allah seperti yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW:
Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
"Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga
kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga."
(HR. Al-Bazaar).
Kala sendiri kita pasti tertanya-tanya dan berkira-kira adakah kita mampu menjadi seperti mereka ini di saat kita sudah bergelar isteri dan ibu dan mampukah kita memainkan peranan itu dengan sebaiknya?
Seorang wanita yang kuat dan hebat mengharungi arus kehidupan. Di bawah dititipkan kata-kata pedoman buat yang bergelar WANITA.
PEREMPUAN ADALAH GAGAH ADALAH PEREMPUAN YANG TAHAN MENERIMA SEBUAH KEHILANGAN ADALAH PEREMPUAN YANG TIDAK TAKUT PADA KEMISKINAN ADALAH PEREMPUAN YANG TABAH MENANGGUNG KERINDUAN SETELAH DITINGGALKAN ADALAH PEREMPUAN YANG TIDAK MEMINTA MINTA AGAR DIPENUHI SEGALA KEINGINANNYA KEGAGAHAN WANITA TERLETAK PADA TEGUH IMAN SELURUH KEGAGAHAN INI ADA PADA KHADIJAH YANG EHSAN ADALAH JUGA KEGAGAHAN SEMPURNA BAGI SEORANG PEREMPUAN.

Hasniza Atan
Exco BLP PKPIM
Majlis Hewi PKPIM Pusat
No comments:
Post a Comment