Monday, October 30, 2006

:: Coretan di Aidilfitri ::

Salamku Di Aidilfitri

Berlalu sudah Idulfitri yang meriah. Kini tinggal saki baki untukmeraikan Idulfitri bersama sahabat dan taulan.Merayakan Idulfitrimenandakan berakhirnya kerahmatan di bulan penuh barakah iaituRamadhan. Sememangnya terbit rasa sayu kerana terpaksa meninggalkanRamadhan.Hanya doa dan harapan dipohon pada Ilahi agar dapat bertemulagi di Ramadhan yang akan datang.Kembali kepada fitrah.
Itulah antara intipati yang terdapat dalam keghairahan kita merayakan Idulfitri selain meraikan kemenangan setelah diuji selama sebulan di MadrasahRamadhan. Sesungguhnya berbahagialah insan yang telah berjaya dalamujian ini sebagaimana firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 52 yangbermaksud; Dan barangsiapa patuh kepada Allah dan RasulNya dan takurkepada Allah dan menjauhi laranganNya, maka mereka itulah orang-orangyang mendapat kemenangan.
Ujian Madrasah telah kita lalui.Kini, tiba giliran kita diuji di Madrasah Universiti masing-masing. Saya percaya, rata-rata yang ada di sini masih lagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.Peperiksaan bakal kita hadapi tidak lama lagi.Mungkin saat saya menulis artikel ini, sudah ada sahabat-sahabat yang berjuang di meja tulis mentelaah segenap ilmu yang dipelajari selama 1 semester.
Mungkin ada juga yang akan bertempur di medan peperiksaan esok hari. Memang banyak pengorbanan yang kita terpaksa lakukan apabila bergelar pelajar ini. Terpaksa pulang awal ke kampus untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan akhir.Biarpun aura raya masing belum luntur dalam jiwa kita. Apapun, saya doakan sahabat-sahabat semua dapat menjawab soalan dengan baik dan betul. Semoga usaha kita selama inidiberkati Allah. Selamat berjuang sahabat.....


Siti Hawa Abdul Aziz

PKPIM-UTM

No comments: