Thursday, March 30, 2006

:: Bila HEWI menulis ::


Asslamualaikum W.R.T.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Salam pertemuan buat semua.
Sekali lagi sahabat mencurah idea di atas kertas lalu menyusunnya menjadi kata-kata. Begitu sukar untuk mendapatkan ilham, Alhamdulillah semasa menaiki bas pulang dari Pasar Malam minggu lepas, tiba-tiba ilham datang bertandang tanpa diminta, begitulah anugerah Illahi. Teringat dengan pesanan e-mel yang di’forward’ kan tempoh hari oleh seorang sahabat karib. “Erti Syukur” perhatian utama. Bingung dan keliru dengan sikap masyarakat Islam hari ini yang bagaimana dengan mudahnya mereka tidak bersyukur. Kenapa tidak bersyukur?? Pastinya ia dikaitkan dengan hati dan hati itu sifatnya lembut zahir dan batin, pendek kata bersifat sensitif. Masyarakat hari ini kurang, tidak atau langsung tidak sensitif. Ringkasnya, kita ambil saja contoh perbuatan mengerjakan solat. Sebanyak mana yang menanti-nanti waktu masuk solat, seramai mana yang berhenti sejenak mengerjakan solat ketika menghadiri ‘ball’, konsert sureheboh, ‘shopping’ atau pasar malam. Renung diri kita kembali, di manakah kita ketika awal masuk waktu solat subuh pagi tadi, di manakah kita bila masuk je solat Asar petang nanti, dah rancang nak menghabiskan masa melepak di ‘shopping complex’ ni, tapi selalunya kita pasti tersasar. Hairan lagi, ramai umat Islam marah, kecil hati atau singkatnya sensitif bilamana orang lain menyakiti hati mereka, misalnya ada kawan ni tak nak temankan ke pasar malam, menyebabkan dia ni membatalkan rancangan nak ke pasar malam. Marah bukan kepalang, ada yang lebih teruk terus menyimpan dendam kesumat, Nauzubillahiminzalik, kita dihindari daripada golongan seperti itu. Wah, tak pula sensitif bila bilal melaungkan azan menyampaikan pesanan Allah kepada kita? Bayangkan betapa mudahnya kita melewat-lewatkan dan mengabaikan waktu solat, bayangkan juga betapa kecil hatinya Allah pada kita, betapa sensitifnya Allah terhadap apa yang kita lakukan. Pernahkah kita terfikir soal ini? Bila ada kawan yang sakit hati kepada kita, paling kurang pun dia hanya mampu menarik muka masam atau menyumpah seranah kita di belakang tabir, tapi kalau Allah;Tuan Punya Diri ini diperlakukan begitu, pasti kita tak dapat menjangkakan malah membayangkan pun azab-Nya kelak…renung-renunglah diri kita bersama.

Kembali kepada kaitannya dengan syukur tadi, sebagai Umat Islam kita mesti sentiasa bersyukur, walaupun kita sentiasa melakukan dosa, Allah tetap kurniakan rezeki kepada kita, dahlah banyak dosa, bertaubat pun tidak tapi Allah tetap tunjukkan kasih sayangnya, tidak mampu diri ini membayangkan bagaimana jika Dia berdendam pada kita. Pasti habis rezeki diputuskan bekalan, tetapi Dia tidak begitu, malah Dia melatakan lagi rezekinya, dengan tambahan rezeki orang pun boleh jadi rezeki kita juga, itulah Allah, Maha Pengampun dan Maha Pemberi Rezeki. Marilah kita bersama-sama bersyukur dengan memuji Allah, Alhamdulillah ( Segala Puji Hanya Bagi Allah ) dan melakukan sujud syukur setiap kali selepas solat fardhu. Moga kita sama-sama Istiqamah. Insya-Allah…
Mariati Roslan
HEWI PKPIM

No comments: