Wednesday, March 22, 2006

:: Bila HEWI menulis::

Wanita; muslimah atau mukminah?

Pembudayaan dan pengamalan dasar langit terbuka oleh hampir setiap negara diseluruh dunia hari ini termasuklah Malaysia telah mencetuskan pelbagai implikasi dan reaksi samada positif atau tidak kurang juga negatifnya. Wanita tidak terlepas untuk seiring berada di laluan sibuk dibandar atau didesa. Wanita mempunyai pengaruh yang besar dipelbagai sektor, samaada sektor swasta atau sektor kerajaan. Namun adakah dengan pengaruh besar ini dapat memberi pelambangan kesempurnaan seseorang wanita? Adakah dengan kebangkitan wanita moden ini memberi maksud kecemerlangan dan erti kemodenanan seseorang wanita?. Marilah kita telusuri sejarah wanita zaman silam seperti Siti Khadijah r.a, Saidatina Aisyah r.a, Saidatina Fatimah r.a. Mungkin anda terfikir, “ saya sudah biasa mendengar kisah ratu dihati Rasulullah saw ini”. Baiklah, bagaimana pula kisah Juwairiyyah r.a dan Ummu Salamah r.a? Adakah kita hanya meneliti kisah hidup mereka sekadar untuk dijadikan pedoman dalam perjuangan? Atau sekadar bacaan picisan, agar kita dianggap arif mengenai wanita yang dikaitkan dengan keimanan dan keteguhan mereka dalam membela islam.

Dalam membina peribadi dan keunggulan diri sebagai seorang wanita muslimah dan mukminah , pelbagai kriteria yang perlu dititikberatkan. Ia bukan sekadar sebagai pengetahuan, malah diambil sebagai nadi dalam kahidupan seseorang wanita. Untuk menjadi wanita muslimah, mungkin sudah ada pakej itu pada diri kita. Bagaimana pula untuk menjadi wanita muslimah dan mukminah? Dibawah disenaraikan tips-tips menjadi wanita muslimah yang mukminah.

Berpegang teguh pada aqidah yang satu dan berhukum dengan Al-Quran dan Sunnah.
- Hati seorang wanita yang mukminah itu tidak pernah was-was pada Rabbnya. Bila mana bibirnya melafazkan kalimah syahadah, hatinya telah terlebih dahulu memperakui dan berazam untuk membuktikan dengan amalannya.
“ Iman itu bukanlah dengan angan-angan tetapi apa yang telah mantap di dalam hati dan dibuktikan kebenarannya dengan amalan”
H.r. muttafaqun ‘alaih
“Tidak adalah ucapan seorang yang beriman apabila diajak untuk menghukum antara mereka dengan hukum Allah dan rasulNya, melainkan mereka hanya berkata; kami dengar dan kami taat, mereka itulah orang-orang yang akan memperoleh kemenangan” surah an-Nur:51

Mencintai Allah swt dan Rasulullah saw melebihi cinta apa yang ada disekelilingnya dan sentiasa berzikir padaNya.
- Wanita mukminah ini amat menitikberatkan peletakan nilai cintanya apabila ia bercinta. Tidak mudah baginya untuk mensia-siakan cinta yang telah Allah kurnia padanya, selain mengikut hadith Rasulullah saw ,
“Tidak beriman seseorang itu, sehinggalah AKU dicintai melebihi ibubapanya, anak-anaknya dan manusia keseluruhannya.
“ Dan orang-orang beriman itu sangat cinta kepada Allah”
(al-Baqarah:165)

Sangat mencintai ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dirinya dan agamanya.
- Mukminah solehah ini amat cintakan ilmu pengetahuan, malah bertambah cinta mereka pada ilmu yang dapat mendekatkan diri mereka dengan Rabb, dan menambahkan lagi keyakinan mereka bahawa apa sahaja yang ada di dunia ini pastinya akan kembali kepadaNya. Dengan ilmu yang ada, mukminah ini mentarbiyah diri, keluarganya, anak-anaknya serta sesiapa sahaja yang ada disekelilingnya (berlandaskan batas-batas islam).
“ Hanya orang-orang yang mempunyai ilmulah yang akan takut (takwa) kepada Allah” Faathir :28
“Barangsiapa yang inginkan kesenangan didunia, hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang inginkan kesenangan diakahirat, hendaklah dengan ilmu, dan barangsiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu”
H.R Muslim

Mencintai sesama muslim
- Seorang muslimah yang beriman itu menyakini bahawa dengan mencintai sesame manusia kerana Allah itu akan membawanya ke jalan yang boleh mendekati dirinya dengan Rabbnya.
“ Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia mencintai saudaranya sepertimana ia mencintai dirinya sendiri” H.R Tirmidzi
“Dan mereka utamakanlah (saudara mereka itu) atas diri-diri merka sendiri walaupun mereka sendiri dalam kepapaan”
Al-Hasyr :9

Rajin dan bersungguh dalam segala usaha
- Wanita mukminah itu sangat komited dalam apa yang mereka usahakan. Apabila mereka menyedari apa yang mereka lakukan semata-mata kerana keyakinan mereka bahawa mereka akan kembali pada Allah, mereka menjadi bersemangat, dan istiqamah dalam setiap langkah mereka
“ Dan bersungguh-sungguhlah kamu (bekerja) dijalan Allah dengan sebenar-benar kesungguhan” Al-Hajj :78

Sangat menjaga dirinya dari dosa zahir dan batin serta berusaha untuk tidak menjadi fitnah bagi manusia disekelilingnya..
- Sangat teliti dan berhati-hati dalam kahidupan sehariannya, biarpun dia berada dikalangan rakan atau pergerakan yang memperjuangkan islam. Sangat sensitive pada dosa terutama dosa hati yang akan menyebabkan timbul hijab diantara dirinya dengan Rabb.
“Dan orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memnuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka kejalan-jalan kami yang (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Al-Ankabut :69)

Seungguhnya banyak lagi tips-tips untuk menjadi wanita muslimah yang mukminah. Namun semua ini bukanlah sekadar coretan memenuhi ruang, tapi satu galakan atau satu panduan bagi muslimah semua dalam membentuk akhlak dan peribadi muslimah mukminah yang unggul. Hakikatnya, andai setiap muslimah itu mengenali hakikat penciptaannya di dunia ini, pastilah jiwanya disuburi rasa syukur yang tinggi pada Tuhan Rabbul A’lameen.


NUR SALBIHA MOHD ALI HANAFIAH
TIMB. PENGERUSI HEWI 2 PKPIM

No comments: