Tuesday, February 28, 2006

















RASA HATI
Sebak rasa di hati
Bila melihat wajah-wajah mujahidah
Yang menggambarkan pelbagai coretan perasaan
Yang aku sendiri tiada kudrat untuk mentafsirnya


Risau bertandang lagi
Takut kalam diri disalah erti
Takut gerak geri dipandang sepi
Gelora hati hanya menyembunyi diri
Hanya tawakal menguatkan hati
Namun hati itu milik Illahi
DIA pemberi cahaya dalam kegelapan hati
Pulanglah kau wahai ‘risau’ yang bersinggah di qalbi
Hamba yakin akan janji Rabbi
Ku tinggalkan mereka dalam dakapanMU
Agar mereka lebih terarah menyelusuri jalan denai ini
Moga ‘sakinah’ dapat mereka rasai
Hutan Bandar menjadi saksi
Titisan hujan menjadi wali
Saksikanlah wahai Pemilik Alam ini
Telah ku sampaikan kepada mereka
Amanah menggalas risalah Nabi
Namun bukan bermakna mengundur diri
Usahaku masih kecil
Meratakan Islam di bumi Rabbi
Ku tinggalkan hutan Bandar ini
Untukku kembali ke tempat diri
Izinkanku bawa bersama kenangan ini
Sebagai azimat kekuatan pemegang panji Ilahi
Tuhan..
Berikanlah kami kesempatan
Untuk mengislah diri menambah cinta pada MU Illahi
Mencipta rindu padamu Nabi
Berbakti setia pada ibu dan ayah kami
Mentajdid iman di seluruh pelusuk bumi !
Shamsiah hj mahli
Hutan Bandar, JB
26 februari 06
12.30 pm

No comments: