Monday, December 06, 2010

Perjumpaan Silaturrahim Dan Merangka Usaha Bersepadu Wanita ACCIN



Oleh: Sakinah Budiman

KUALA LUMPUR 27 NOV 2010- Interactive Muslimah Association (IMAN) dengan kerjasama Kelab Wanita Gugusan Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Perjumpaan Silaturrahim Dan Merangka Usaha Bersepadu Wanita ACCIN bertempat di UKM Kampus Kuala Lumpur.

Seramai 30 orang wakil daripada 10 badan bukan kerajaan yang bernaung dibawah ACCIN menghadiri perjumpaan ini. Antaranya ialah ABIM,JIM,IIS , MACMA,WAMY,AL HUNAFA dan IMAN. Majlis HEWI PKPIM turut dijemput hadir bagi mewakili ABIM.

Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Haji Mustafa Ma mewakili Pengerusi ACCIN dan kata-kata aluan oleh Prof Madya Dr. Kamar Oniah Kamaruzzaman selaku Presiden IMAN.

Dalam ucapannya , Dr. Kamar Oniah menyatakan objektif perjumpaan ini ialah untuk menggarap pelan-pelan yang realistik dan bersepadu. Ini penting bagi memastikan usaha-usaha NGO Islam tidak bertindih apatah lagi bersaing sesama sendiri. Sebaliknya kita wajar bergerak secara komplementari, saling membantu dan melengkapi.

Antara resolusi yang diambil ialah menubuhkan satu sekretariat Muslimat ACCIN yang diselaraskan oleh Prof Dr. Amriah Buang iaitu Timbalan Presiden IMAN dan juga merupakan mantan Ketua HELWA ABIM Pusat. Antara peranan sekretariat ini ialah untuk mengkordinasi aktiviti sayap wanita NGO Islam. Sebarang isu umum dan berkaitan wanita Islam khususnya akan dibawa kepada perbincangan yang bakal dihadiri pleh para pakar yang mewakili bidang masing-masing. Keputusan perbincangan ini akan dijadikan momentum untuk direspons kepada pihak media.

Sebagai satu-satunya wakil wakil gerakan pelajar dalam perjumpaan ini, keterlibatan Majlis HEWI PKPIM menerima sambutan yang amat baik oleh ACCIN. HEWI juga merasakan kerjasama ini mampu membantu gerak kerja HEWI dan secara tak langsung memberi pendedahan serta latihan advokasi kepada HEWI.

Semoga kerjasama ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan dengan jayanya.

HIDUP BIAR BERJASA, REDHA ALLAH YANG KITA CARI


http://www.ricoi.org/activities/accin

No comments: