Oleh : Naheed Azhari
Perjalanan yang bermula pada pukul 3.00 pagi tidak mengizinkan rombongan PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) dan PII (Pelajar Islam Indonesia) untuk melenakan diri. Sepuluh orang ahli rombongan PEPIAT (Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara) yang bertolak ke Singapura pada pagi Jumaat, 6 Jun 2008 tersebut terdiri daripada Arifuddin, Saifullah, Faisal, Wasif, Abu Qasym, Azmiza, Atiqah dan Naheed (penulis) yang kesemuanya merupakan wakil daripada PKPIM manakala dua ahli rombongan yang lainnya ialah wakil PII iaitu Zaid, dan Amelia.
Aktiviti ziarah di Singapura membenarkan kami berkongsi pelbagai ilmu, pengalaman, dan pengetahuan tentang gerakan Islamiy FMSA (yang disebut ‘fam-sa’) dan NUSMS di Singapura. FMSA (Fellowship of Muslim Students Association) merupakan antara badan gabungan di Singapura yang bergerak di bawah pimpinan MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura) manakala NUSMS merupakan sebuah persatuan pelajar Islam di Universiti Nasional Singapura atau lebih dikenali sebagai Nasional University of Singapore(NUS). Pelbagai perkara yang dikongsi bersama membuka mata kami tentang realiti keadaan masyarakat Islam di Asia Tenggara dan masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Muslimin Asia Tenggara dalam dunia informasi dan teknologi yang serba canggih hari ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut;
Jumaat, 6 Jun 2008
10.45 Pagi
Rombongan PEPIAT tiba di Pusat Imigresen Singapura. Keadaan lalulintas yang sesak dipenuhi kenderaan dari kedua-dua buah negara merencatkan perjalanan kami buat sementara waktu. Tambahan, kereta yang dipandu akh Arifuddin menemui sedikit masalah teknikal. Keretanya, Perodua Kembara tidak dibenarkan untuk memasuki Singapura atas sebab-sebab tertentu. Rombongan muslimin yang menaiki kereta tersebut terpaksa menaiki bas sementara akh Arifuddin mencari kenderaan lain untuk digunakan dalam aktiviti ziarah kelak. Keputusan tersebut disepakati bersama bagi mengelakkan pembaziran masa. Alhamdulillah, pihak ABIM Johor sudi membantu. Van ABIM Johor yang dipinjamkan memudahkan perjalanan aktiviti ziarah kali ini. Terima kasih ABIM Johor. Semoga Allah merahmati dan membalas jasa baik kalian sekehendakNya.
11.30 Pagi
Rombongan PEPIAT muslimat yang menaiki Proton Waja dipandu akh Saifullah tiba di Masjid An-Nur, tempat perjumpaan yang dijanjikan bersama pihak NUSMS. Sementara menunggu ukht Maryam dan ukht Gadis yang mewakili pihak NUSMS untuk membantu perjalanan kami pada hari ini, sempat kami bergambar di sekeliling masjid tersebut. Dari kaca mata penulis, sepanjang ketibaan kami di Singapura, negara naga singa ini tidak banyak bezanya dengan Malaysia. Hanya yang membezakan adalah bahasa perantaraan yang mereka gunakan iaitu Bahasa Inggeris dan kebanyakan masyarakat di sekitar kawasan tersebut adalah terdiri daripada golongan warga emas. Jarang dilihat belia remaja berlegar di kawasan tersebut. Keadaannya aman damai, tenteram dan senang hati berada di situ. Penulis juga mendapati terdapat golongan yang dilihat seperti komuniti tabligh di Malaysia – berjubah putih, berkopiah, dan bergerak dalam kumpulan.
Sepanjang perjalanan menuju ke Masjid An-Nur, kami berkongsi tentang perbezaan realiti masyarakat Malaysia dan Indonesia.
11.50 Pagi
Ketibaan ukht Maryam dan ukht Gadis bersama rombongan muslimin dari stesen bas Woodland membenarkan kami meneruskan perjalanan ke pejabat FMSA di Changi Road. Perjalanan ke sana mengambil masa kurang lebih 45 minit dari Masjid An-Nur. Perjalanan yang agak lama itu dimanfaatkan dengan berkongsi sedikit sebanyak mengenai PKPIM dan NUSMS.
12.35 Tengahari
Tiba di FMSA kami disambut mesra oleh ukht Siryana, pekerja sepenuh masa di FMSA. Beliau menunjukkan masjid terdekat kepada ikhwan untuk menunaikan solat Jumaat. (Masji apa ye? Xingat namanya) Kami mengambil sedikit waktu untuk membersihkan diri dan mendapatkan sedikit rehat selepas perjalan panjang dari awal pagi tadi.
2.00 Petang
Selesai solat Zohor dan Jumaat, ukht Maryam, ukht Gadis dan ukht Shikin membawa kami ke sebuah ‘food court’ di bandar Changi tersebut. Terdapat beberapa gerai makanan di situ yang kesemuanya menyediakan makanan halal. Antaranya adalah putu piring, nasi ayam, dll. Kebanyakan antara kami memilih untuk menikmati nasi ayam kerana harganya yang lebih rendah berbanding menu selainnya. Di sana, kami ditemukan dengan akh Haikal, Presidan NUSMS.
Selepas selesai menjamu selera, rombongan muslimat bersama tiga ukhawat dari NUSMS bergerak ke pusat beli-belah Changi untuk membuat pertukaran matawang. Kami berkesempatan untuk meneliti keadaan sosial warga Singapura yang tidak banyak bezanya dengan kehidupan orang Malaysia. Tetapi, jika diamati, penduduk Malaysia lebih mesra dan menerima. Mengapa penulis menggunakan perkataan ‘menerima’? ‘Menerima’ di sini membawa maksud warga Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa mudah untuk memesrai warga asing. Kebanyakannya tidak memandang jengkel apabila melihat golongan yang nampaknya berbeza daripada rakyat asal Malaysia.
Setelah puas berkunjung ke kedai-kedai yang terdapat di sekitar kawasan tersebut, kami mengambil keputusan untuk pulang ke pejabat FMSA. Wakil NUSMS (Maryam, Gadis dan Shikin) terpaksa meninggalkan kami sendirian kerana terdapat urusan yang perlu mereka selesaikan. Ukht Memel, akh Abu Qasym, akh Faisal dan akh Wasif mengambil peluang bersiar-siar di sekitar kawasan bandar Changi. Mereka menemui beberapa bangunan menarik termasuk tokong dan masjid yang unik senibinanya.
8.00 Malam
Seusai solat Maghrib berjemaah, rombongan kami, dipimpin oleh akh Hilmi, Bendahari FMSA dibawa untuk menjamu selera di sebuah restoran yang menyajikan masakan Thai Restoran tersebut diberi nama restoran Pattaya dan terletak tidak jauh dari pejabat FMSA. Untuk ke sana, kami hanya perlu berjalan kaki lebih kurang lima minit perjalanan dari pejabat FMSA. Pada malam itu, pelbagai juadah yang dihidangkan kepada kami. Kami menikmati setiap hidangan sambil membincangkan isu-isu semasa negara masing-masing.
10.00 Malam
Kami kembali ke Pejabat FMSA setelah selesai menikmati hidangan makan malam bersama. Di FMSA, kami meneruskan perbincangan mengenai gerakan Islami yang dijalankan FMSA di Singapura. Kami diterangkan tentang organisasi FMSA, program-program yang dijalankan, sumber kaderisasi ahli, dsb.
FMSA yang sebelumnya dikenali sebagai Persatuan Muslimin Singapura (PERMUSI) ditubuhkan pada tahun 1983 dinaungi oleh graduan dan pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Politeknik Ngee Ann. Pada tahun 1994, PERMUSI diubah sepenuhnya menjadi persatuan pelajar yang dikenali sebagai Fellowship of Muslim Students Association (FMSA). Awal tahun 2000, FMSA mendekati pelajar madrasah dan pelajar sekolah dengan tujuan memberi pendedahan tentang kepentingan dan keseimbangan kedua-dua ilmu duniawi dan ukhrawi dalam kehidupan seorang Muslim. Bermula tahun 2004, FMSA menggagahkan sasarannya kepada golongan remaja yang dibuang sekolah dan juga golongan yang dikenalpasti bakal dibuang sekolah. FMSA melihat bahawa ilmu dan pelajaran merupakan aspek terpenting yang memandu kejayaan seseorang individu itu lebih-lebih lagi golongan remaja hari ini yang amat mudah terpengaruh dengan anasir luar yang kebanyakannya negatif.
Misi FMSA itu sendiri adalah untuk melahirkan modal insan yang bakal menerajui kegemilangan ummah. Kata akh Helmi, Bendahari FMSA, “the real mission of FMSA is to build human capacity for the benefit of the community(ummah)”. Jelas sekali FMSA mempunyai misi gerakan yang mulia iaitu untuk membina, menghubung dan menggagaskan gerakan yang mampu membawa perubahan positif demi kebaikan komuniti Muslim sejagat. Semoga FMSA akan terus berjaya dalam misi da’wah yang suci mulia. Ameen.
FMSA juga menjadikan masjid bukan sahaja sebagai pusat ibadah dan ilmu, tetapi juga sebagai pusat interaksi dan tempat berkumpulnya remaja Islam Singapura. Banyak program dan aktiviti yang telah dan bakal dijalankan di masjid-masjid di sekitar Singapura dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Antara program-program tersebut adalah Kuiz MIQ (Meta, Ilmu, Aqal), YIAP+US, dsb. Program yang diadakan tidak sahaja tertumpu kepada aktiviti interaktif untuk remaja. Ibubapa juga turut dihidangkan dengan pelbagai program yang dijalankan seiring dengan program untuk anak-anak mereka. Hal ini dilihat sebagai suatu yang sihat kerana ibubapa dapat bersama anak-anak mereka menjalani satu program yang sama dan dapat memperkenalkan mereka kepada masjid dan meletakkan masjid dekat di hati komuniti Islam di situ.
Perbincangan yang panjang lebar diakhiri dengan siaran video FMSA mengenai aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dijalankan. Banyak perkongsian dan pengisian yang berlaku pada malam tersebut.
11.15 Malam
Kami di bawa ke Masjid ---------(xigt nama, eh, bkn xigt, kompius. Masjid Kasim ye namanya?) , tempat bermalam kami. Masjid yang dibina rapi itu lengkap dengan pejabat dan kelas-kelas yang dilengkapi dengan alat pendingin hawa, papan putih, meja dan kerusi. Masjid tersebut cukup selesa bagi mana-mana musafir yang ingin beri’tikaf di situ. Sebelum kami melelapkan mata, kami membuat keputusan untuk melawat ke beberapa destinasi pelancongan di Singapura. Peluang yang ada walaupun sebentar tidak kami lepaskan.
11.30 Malam
Merlion Park yang dibina bersebelahan dengan selat Tebrau menjadikan ia sebuah pemandangan malam hari yang sangat indah. Kagum kami melihat Singapore Flyer yang tersergam gah di tengah-tengah selat tersebut. Patung Singa Air yang menjadi mercu tanda Singapura juga sempat kami rakamkan dalam kepingan-kepingan gambar untuk dijadikan rakaman memori kami menziarahi Singapura.
Malam yang panjang itu kami rasakan cukup singkat. Hanya beberapa tempat saja yang sempat kami kunjungi. Namun, kami tetap berpuas hati dan merasa gembira kerana kami bukan sahaja dapat melihat binaan-binaan yang unik, malah, kami juga dibekalkan dengan pemandu pelancong percuma – akh Hairuddin, akh Muzamil, akh Hakim dan akh Hilmi yang kesemuanya merupakan ahli exco FMSA. Terima kasih semuanya.
Sabtu, 7 Jun 2008
8.00 Pagi
Akh Muzamil, akh Hakim dan akh Hairudin membawa kami ke Heartland untuk sarapan pagi. Heartland merupakan kawasan penduduk luar bandar bagi penduduk Singapura. Flat yang dibina merupakan tempat tinggal utama bagi penghuni kawasan Heartland. Kata akh Hairudin, penghuni Heartland kebanyakannya terdiri daripada golongan masyarakat yang berpendapatan rendah. Penulis sendiri kagum kerana penduduk Singapura yang dikatakan berpendapatan rendah adalah sama tarafnya dengan penduduk Malaysia yang berpendapatan sederhana. Mungkin kerana kedudukan matawang Singapura yang tinggi dan bilangan penduduk Singapura yang kecil berbanding penduduk Malaysia, maka kadar kemiskinan di sana lebih kecil. Malah taraf hidup rakyatnya lebih maju berbanding di Malaysia.
Kami kemudiannya di bawa ke NUS untuk berjumpa beberapa ahli exco NUSMS ditemani akh Hairuddin yang juga merupakan bekas graduan NUS dan mantan exco NUSMS. Kami dibentangkan dengan pembentangan slaid mengenai penubuhan dan organisasi NUSMS serta aktiviti yang dianjurkan oleh akh Hakim, pelajar tahun 2 jurusan Sarjana Psikologi dan Bahasa Inggeris.
Sempat kami mengupas hal ehwal semasa NUSMS iaitu kemudahan musolla di sekitar kampus. Ketiadaan kawasan solat yang sempurna menghendaki pelajar Islam NUS mencari ruang-ruang yang ada di sekitar kampus untuk dijadikan kawasan solat. Masalah ketiadaan musolla tersebut bukan sahaja berlaku dalam kampus universiti, malahan, hal yang sama berlaku di pusat-pusat membeli-belah, taman-taman rekreasi, dll. Umat Islam Singapura dikehendaki mencari masjid terdekat untuk menunaikan solat. Bagi rakyat Singapura, hal ini tidak lagi menjadi satu masalah besar kerana di setiap ceruk kawasan, terdapat masjid yang dibina khusus bagi memudahkan masyarakat Islam di sana untuk menunaikan segala aktiviti keagamaan – solat, sambutan hari raya, kelas-kelas agama, dsb.
Berbalik kepada isu musolla di kampus, kawasan atau ruang yang biasanya dijadikan musolla bagi pelajar Muslim di situ adalah di ruang-ruang kosong di bawah tangga, dan mana-mana ruang yang tidak menjadi kawasan lalu-lalang warga kampus. Kawasan yang dijadikan musolla itu menjadi imej kepada pelajar Islam kerana ianya sentiasa berada dalam pemerhatian pihak atasan dan pelajar bukan Islam yang lainnya. Pelajar-pelajar Muslim, lebih-lebih lagi ahli-ahli NUSMS, disarankan oleh akh Hairudin untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan musolla-musolla tersebut agar dapat memaparkan imej Islam yang baik. Itu juga merupakan antara cara untuk umat Islam berda’wah, dengan menunjukkan imej dan akhlaq Islam yang baik.
Selain mengambil berat tentang keadaan musolla, NUSMS juga merupakan rujukan para pelajar bukan Islam yang ingin tahu dengan lebih mendalam tentang Islam. Aktiviti yang dianjurkan oleh NUSMS membantu pelajar bukan Islam untuk mendekati dan mengenali Islam dalam suasana terbuka dan menyeronokkan. Kebersamaan pelajar bukan Islam dalam program-program yang dianjurkan NUSMS amat memberangsangkan. Antara aktiviti yang dianjurkan termasuklah sesi dialog antara pelajar dan ilmuwan Islam dengan pelajar bukan Islam. Hal ini dilihat sebagai suatu yang positif kerana mereka bukan sahaja dapat mendalami Islam tetapi juga dapat menukar perspektif mereka tentang Islam lebih-lebih lagi selepas kejadian 11 September (tragedi 911) di New York yang menjadikan agama Islam dicanang sebagai agama teroris. PKPIM, PII dan PEPIAT diharapkan dapat mencontohi cara NUSMS mendekati golongan bukan Islam dan tidak sahaja tertumpu pada golongan mu’allaf. Sebagai gerakan da’wah, skop sasaran da’wah perlu senantiasa diperlebar agar Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas.
Selesai sesi beramah mesra dengan ahli NUSMS, kami dijemput untuk turut serta dalam sesi bergambar. Diharapkan ukhuwwah yang terjalin kekal disulami rahmat Allah s.w.t.
11.00 Pagi
Hujan renyai menyambut perjalanan pulang kami ke Malaysia. Terdetik sedikit rasa hiba atas perpisahan yang berlaku. Namun cepat ditangkis dengan kepercayaan bahawa ukhuwwah yang dibina takkan terputus dek jarak dan masa. Sebelum berngkat pulang, ahli rombongan ziarah PEPIAT sempat bertukar-tukar kad nama, alamat e-mel dan nombor telefon dengan ahli-ahli NUSMS. Kami juga dibekalkan sedikit cenderahati daripada pihak NUSMS sebagai tanda ingatan.
Dalam perjalanan pulang, rombongan kami terpaksa melalui kesesakan jalan raya yang agak teruk sepanjang perjalanan melepasi pusat Imegresen Singapura sebelum dapat memboloskan diri melepasi Pusat Imegresen Malaysia pula. Perjalanan seterusnya lancar dan Alhamdulillah dipermudahkan oleh-Nya sehingga kami tiba di Anjung Rahmat dengan selamat.
Aktiviti ziarah PEPIAT ini diharapkan dapat memberi satu input yang berguna dan lonjakan paradigma untuk ahli PEPIAT terus bergerak maju dalam gerakan da’wah dengan kepelbagaian corak da’wah yang diguna-pakai oleh, FMSA, NUSMS, PII, dan PKPIM. Semoga Islam kembali gemilang.

No comments:
Post a Comment