Saturday, May 31, 2008

HARI UKHUWWAH HELWA-WADAH-HEWI 2008

Alhamdulillah…tanggal 24 Mei yang lepas, Hari Ukhuwwah HELWA-WADAH-HEWI telah diadakan di Taman Metropolitan Kepong, Selangor. Memandangkan gerak kerja dilakukan di bawah satu bumbung, objektif utama program sebegini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara ketiga-tiga pergerakan Islam tersebut iaitu ABIM, WADAH dan PKPIM.



Penglibatan Hari Ukhuwwah kali ini mendapat sambutan yang agak baik daripada ahli-ahli ketiga-tiga pertubuhan tersebut. Antara aktiviti yang diadakan ialah slot ta’ruf, senaman pagi, barbeku dan juga sukaneka bagi golongan wanita dan kanak-kanak.

Majlis dirasmikan oleh Presiden ABIM iaitu saudara Yusri Mohamad. Daripada ucapan beliau, beliau mengharapkan aktiviti begini diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang dan disertai juGa oleh ahli-ahli lelaki.



Di akhir majlis, Pn. Adibah daripada WADAH menyatakan rasa syukur beliau kerana Hari Ukhuwwah kali ini memperlihat komitmen yang serius daripada golongan wanita dalam agenda dakwah sehingga mampu mencapai jumlah ahli yang cukup ramai dan membanggakan. Wakil HELWA ABIM pula mengharapkan agar hubungan baik sebegini akan berkekalan dan menasihatkan agar ahli-ahli HEWI boleh mengambil inisiatif untuk merujuk kepada HELWA ABIM dan WADAH sekiranya memerlukan bantuan dalam menyelesaikan masalah umat. Saudari Munirah Bahari berkesempatan menyatakan rasa syukur beliau kerana penganjuran Hari Ukhuwwah ini berjaya dilaksanakan. Harapan beliau agar HEWI terus bergiat dalam kancah dakwah ini tanpa perlu takut menongkah cabaran masyarakat hari ini yang sepenuhnya berbeza dengan masyarakat.

Disediakan oleh :
Siti Raufa Sufrina
Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak
Cawangan Semenanjung Malaysia
(PERKEPISMA)

No comments: