Wednesday, March 22, 2006


Assalamualaikum...
Buat rakan dan teman PKPIM di mana jua anda semua berada. Saya doakan semoga anda semua sentiasa di dalam ketenangan dan sihat walafiat. Walaupun
semester ini bakal berakhir beberapa minggu sahaja lagi...dengan kesibukan kita
menghantar assignment, laporan amali, purposal dan sewaktu dengannya..namun janganlah kita lupa bahawa Allah sentiasa bersama-sama kita. Buat rakan dan teman di UIAM, selamat menempuhi peperiksaan akhir yang telah bermula sejak Isnin lepas. Sudah pasti kenangan kita di Mustika Embun masih segar diingatan saya. Mustahil untuk saya lupakan sebegitu sahaja. Mungkin kerana kesibukan menghadiri kuliah dan assignment serta ujian kedua menyebabkan saya jarang untuk meng "up date" web blog kita ini. Saya pasti rakan dan teman sentiasa mengunjungi web blog untuk menunggu khabar berita dari rakan dan teman yang lain.
Rakan dan teman yang dikasihi sekalian,
Harapan saya agar anda semua tidak lupa akan tugasan kumpulan yang telah diamanahkan kepada anda semasa kita berada di Hutan Bandar. Artikel yang telah dibaiki mutu bahasa dan penambahan isi baru harap dapat dilakukan dengan segera. Sasaran kita untuk menyiarkannya di media selewat-lewatnya bulan Mei ini. Harap dapat terus berhubung dengan saya sekiranya memerlukan bantuan.
Rakan dan teman sekalian,
Alhamdulillah, kita bersepakat dengan HELWA ABIM Pusat untuk menganjurkan Kuliyyah Bulanan Tahrir Mar'ah pada setiap bulan. Semoga kuliah ini dapat dimanfaatkan oleh rakan dan teman di kawasan Lembah Klang. Apa khabar rakan kita di USM? Maafkan saya kerana tidak dapat hadir ke tamrin Qiady anda. Juga kepada adik-adik UIAM Martriks, maafkan saya tidak dapat bersama-sama anda.
Rakan dan teman sekalian,
Jadikan weblog ini sebagai satu medan untuk kita berkongsi pendapat dan pandangan dan juga sebagai medan untuk berlatih menulis dan mempertajamkan penulisan. Jangan sia-siakan weblog ini.
Rakan dan teman sekalian,
Izinkan saya mohon permisi kerana ada tugas lain yang perlu diselesaikan. Salam sayang buat semua!

No comments: