Wednesday, January 12, 2011

Puisi Buat Adinda


Bismillahirrahmanirrahim.


Puisi Buat Adinda

Antara dedaun yang rontok ke bumi,
meninggalkan pautan kesekian kali,
Sehelai terbang mencari identiti,
Di kalangan pepohon yang mekar,
Di kalangan rumput yang menjalar,
Ditiup bayu, dihembus udara syahdu,
Ke pangkuan bumi yang sentiasa menunggu,

Adindaku,
Engkaulah dedaun itu,
Suci dan murni, kuning dan bening,
Tetapi di pohon-pohon yang engkau terbangi,
Dan di rumput-rumput yang engkau jejaki,
Di situ, amat banyak onak dan duri,
Di situ, penuh ular dan semut api,
Dan bayu pun selalu mengganas,
Merabakkan sesayapmu, menghempaskan jasad dan nuranimu,
Jatuhlah engkau ke dada bumi yang tidak sudi,

Adindaku,
Terbanglah walau ke pohon yang terbelit onak dan duri,
Kendati ke rumput yang tersembunyi ular dan semut api,
Terbanglah,
Kerana maruah dan harga diri,
Kerana kesuciaan dan ketakwaan hati,
Akan menghantarmu ke mana-mana yang engkau ingini



Dipetik daripada koleksi himpunan Ucapan Dasar ABIM
Ustaz Ahmad Azam Abdul Rahman

No comments: