Tuesday, May 26, 2009

LAWATAN PKPIM KE ZON SELATAN


Pada 23 Mei 2009 yang lalu, PKPIM telah mengadakan lawatan ke zon selatan iaitu Negeri Sembilan dan Melaka yang diwakili oleh abang Anip, abang Lerk, abang Faisal, abang Abu Qasim, abang Muiz, abang Hanis, kak Akmariyah dan kak Syafa selama dua hari. Kami bertolak dari Gombak dalam sekitar jam 3:40 petang pada hari sabtu, 23 Mei 2009 yang pada awalnya hanya tujuh orang sahaja. Apabila tiba di Negeri Sembilan, kami disertai abang Abu Qasim dan abang Muiz yang ingin turut serta.

Bertolak dari Gombak lebih kurang jam 3.40 petang yang dikira sedikit lewat menyebabkan kami berselisihan dengan kesesakan jalanraya. Di sepanjang perjalanan aku lebih suka melihat alam yang bertasbih dan akur pada aturan Allah dari berbual dan melayan kerenah abang-abng yang berbagai ragam ini. Kami tiba di masjid Kampung Durian Daun, Rembau sekitar jam 6.40pm dan terus menjamakkan solat kerana telah lewat dek berkali-kali tersalah ambil laluan oleh abang Anip yang membontoti abang Abu di belakang. Tambahan pula, jarak dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain agak jauh menyebabkan surau pun susah untuk ditemui. Aku terus menunggu untuk solat jamak maghrib dan isyak. Tanpa disedari, aku telah ditinggalkan rombongan ku kerana mereka mengejar janji yang dibuat bersama pemilik sebuah sekolah anak yatim di kawasan Rembau tersebut. Hampir aku menangis di dalam masjid setelah aku menyedari ketiadaan mereka selepas ku melihat handphone yang ku ‘silent’ kan terpapar tiga ‘missed called’ dan dua mesej dari kak akma. Namun, aku membesarkan jiwaku dalam diam dan menahan tangis di sudut kecil hatiku agar tak teresak. Aku berbangga kerana aku berjaya! Mesej maaf dari kak akma membuatku terharu. Dia berjanji akan menjemput ku kembali selepas isyak nanti. Aku bernasib baik kerana di masjid tersebut sedang diadakan program anak angkat oleh Kelab Rakan Muda bersama pelajar-pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia(USIM). Sebenarnya, kami telah diperkenalkan kepada para hadirin di dalam masjid selepas ceramah dari abang Jufitri (presiden GPTD*) oleh abang Abu dalam masa beberapa minit sahaja. Kerana tertinggal barangan dalam van itulah menyebabkan kak akma dan kak syafa meninggalkanku seketika di masjid. Dan aku yang tak tahu ini terus melangkah masuk ke masjid dan siap mengambil saf di hadapan lagi untuk solat. Sebab itulah aku tak ditemui. Tapi, tak mengapa sebab aku tak rugi kerana selepas itu ada ceramah oleh ust. Hj Nor Azamir yang bertajuk “Kita Pewaris Perjuangan” selepas bacaan surah ar-Rahman oleh saudara Syafiq dari USIM(memang mengubat hatiku!). Ceramah yang mantap dan mencuit hati itu sedikit sebanyak menghiburkan aku. Antara kata-katanya beliau yang mentap ialah, ‘tak baca al-Quran baik sekali, baca al-quran tak baik sekali. Fikir-fikirkan. Seperti yang dijanjikan, rombongan aku kembali semula dan kami menjamu selera dengan masakan orang kampung Durian Daun sekaligus mengikuti program anak angkat tersebut. Selepas menjamu,kami diberikan sedikit nasihat dari ustaz yang tak ku ketahui pada awalnya itu adalah YDP ABIM Melaka sebenarnya.

Selepas selesai, kami meneruskan perjalanan untuk mencari tempat buat menyambung sedikit perbincangan bersama abang Jufitri. Akhirnya, yang kami temui hanyalah sebuah kedai makan yang mempunyai ruangan karokae di tanah yang sedikit tinggi dari tempat kami duduk. Agak bising dan menyakitkan kepalaku dengan suasana seperti ini. Remaja-remaja yang entah dari mana melepak tanpa halatuju dan merokok sewenang-wenangnya. Yang lebih malang lagi, pakcik-pakcik yang tua bercicit pun melangut dan terhangguk-hangguk kepala di situ bagaikan orang mabuk. Mana taknye, pakaian yang dipakai pun ntah apa-apa, (terkoyak sini sana) rambut pula, terurus. Dalam sekitar satu jam perbincangan akhirnya kami usai. Ahh, terasa lega yang menyamankan singgah di hati. Seterusnya, kami teruskan perjalanan ke sebuah rumah salah seorang orang kuat ABIM satu ketika dahulu, al-marhum Ust. Zainal Abidin untuk menumpang bermalam. Al-Fatihah buat beliau. Kemurahan hati isteri dan anak al-marhum Ust. Zainal Abidin amat terserlah kerana sudi menerima kunjungan kami walaupun jam sudah menunjukkan lebih pukul 12pagi. Setelah berbual mesra untuk seketika, kami terus beradu di bilik yang disediakan. Terasa nikmat tidur itu tak dapat ditangguhkan lagi.

Esoknya, kami dijamukan dengan nasi lemak Negeri Sembilan dan juga otak-otak dari Johor. Sebelum habis menjamu, kami disajikan lagi dengan keropok Terengganu. Wah, memang makanan serata negeri ada! Dalam pukul 8.00 pagi sebelum ke Melaka,kami membuat kunjungan hormat ke kuburan al-marhum us. Zainal Abidin ditemani anak ke empatnya, saudara Zuhri di perkuburan Makam Syeikh Haji Muhammad Said dan bertolak ke Melaka tanpa abang Abu. Kira-kira jam 10.10 pagi kami tiba di tadika ABIM Melaka di Kampung Baru. Kami amat segan sebenarnya kerana sampai lewat dari waktu yang dijanjikan. Namun, keramahan abang Firdaus dan sahabat beliau melegakan kami. Perbincangan tentang pengkaderan dan tarbiah para ahli di peringkat kampus pada pagi ini berakhir sekitar jam 11.30 pagi dan kami sekali lagi dijamu dengan nasi lemak. Huuhu.. Makin berlemaklah aku. Selepas itu, kami menjejakkan kaki ke laman rumah ust Ali Umar, Naib Presiden Wadah Melaka sekadar untuk bertanya khabar. Sebelum ke Bandar Melaka, kami singgah di Institut Perguruan Perempuan Melayu, Bukit Cina untuk mengambil barang abang Muiz. Setelah berpusing-pusing di Bandar Melaka selama hampir dua jam, kami pulang ke Negeri Sembilan untuk merasa cendol sedap pak haji tapi malangnya, cendol dah habis. Kecewa abang Anip. Jadi, kami hanya makan di kedai lain sahaja dan bertolak pulang ke Gombak sekitar jam 5 petang.


Wan Fadhilah Ibrahim

Timbalan Amirah Nilai

www.wanfadabraham.blogspot.com

No comments: