HADIS PENAWAR HATI , ms 53-54
HADIS KE-19
PENDAKWAH YANG MALANG
ERTINYA :
Daripada Abu Zaid Usamah Bin Zaid Haritsah ra berkata; ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : “ Akan didatangkan seorang leleaki pada hari kiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnya kemudian lalu ia berpusing (di tengah-tengah unggunan api neraka) seperti berpusingnya seekor keldai di tempat penggilingan gandum. Para penghuni neraka terkejt melihat kejadian ini lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya sambil berkata kepadanya : “Hai Fulan ! Mengapa engkau suka menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada kemungkaran?”.lalu orang itu menjawab : “Ya benar. Dahulunya orang lain berbuat kebaikan tetapi saya tidak melakukannya, dan saya suka melarang orang lain daripada kemungkaran, tetapi saya sendiri melakukannya”
(HR Bukhari & Muslim)
KETERANGAN
Hadis di atas mengandungi amaran keras kepada orang yang suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan sedang dia sendiri tidak melakukannya dan juga dia suka melarang orang lain daripada kemungkaran sedangkan dia sendiri melakukannya. Oleh itu, hendaknya para pendakwah mendahulukan mendakwah diri mereka sendiri sebelum mengajak orang lain. Kalau pendakwah itu sendiri telah mengamalkan kebaikan yang didakwahkannya, tentunya orang lain akan mudah untuk mengikutinya dan mereka dengan mudah percaya bahawa apa yang diajaknya itu adalah suatu perkara yang baik, tetapi kalau pendakwah itu sendiri belum melakukan apa yang dikatakannya itu, tentulah orang lain akan meragui kebenaran apa yang diperkatakannya dan mereka tertanya-tanya , kalau sebenarnya baik apa yang disuruhnya itu, tentu dia sendiri yang terlebih dahulu melakukannya. Begitu pula halnya dengan kemungkaran yang dilarangnya. Kalau ia sendiri telah melakukan kemungkaran tersebut, tentunya orang tidak akan mengindahkan tegurannya dan tindakannya itu telah menjadi hujah bagi orang lain untuk mereka terus sahaja berada dalam kemungkaran tersebut.
Pendakwah yang seperti ini dapat memberikan kesan yang sangat burukk kepada dakwah dan dapat menjadi batu penghalang kepada kemaraan perjalanan dakwah itu sendiri, maka dari kerana itu amat berat pula siksaan yang akan dikenakan ke atas dirinya sebagai balasan yang setimpal dengan tindakannya yang merugikan itu.
Kita memohon kepada Allah swt. Semoga Ia meemlihara kita daripada siksaNya. Amin.
No comments:
Post a Comment