Monday, April 27, 2009

DARI WANITA UNTUK WANITA



Usaha, doa dan tawakal. Begitulah tajuk ceramah yang disampaikan oleh Saudari Nor Akmariah Abdullah, Naib Presiden HEWI PKPIM di UniKL kampus Kota pada hari Jumaat, 24 April 2009 yang lepas. Slot Untukmu Wanita yang dikelola oleh Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (JPM) UniKL ini diadakan setiap hari Jumaat jam 12.30 tengahari sehingga 1.45 tengahari. Peserta terdiri daripada kakitangan UniKL dan mahasiswa wanita khususnya. Terima kasih kepada Saudari Nur Ramizah Al-aisri yang merupakan Kaunselor sementara di UniKL. Beliau merupakan bekas pelajar UNIMAS yang bergiat aktif dengan PERKEPIS sebelum bermastatutin di Semenanjung Malaysia kini. Slot Untukmu Wanita ini merupakan cetusan awal beliau untuk memastikan agar budaya menghadiri masjlis ilmu di kalangan mahasiswa UniKL berterusan. Semoga slot seperti ini akan diteruskan oleh JPM. Hidup Biar Berjasa, biar di mana jua anda berada.

No comments: