Thursday, March 26, 2009

HEWI DAN SENADA

Konvensyen SENADA dan Bengkel Pelan Tindakan telah diadakan pada 11 Mac 2009 bertempat di Sime Darby Convention Centre. Majlis Hal Ehwal Siswi diwakili oleh saya, Timbalan Pengerusi HEWI 1 dan Timbalan Pengerusi HEWI 2, Sdri. Lina Mursyidah diiringi oleh Sdri. Mariati telah menghadiri konvensyen sehari tersebut. Beberapa pembentangan kertas kerja disampaikan oleh beberapa ahli panel selain tiga siri bengkel pelan tindakan menjurus kepada isu agama, sosial dan undang-undang di bincangkan. Berikut ialah laporan ringkas sepanjang program berlangsung.


Apa itu SENADA?


Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (SENADA) telah ditubuhkan pada 20 Jun 2008 bersamaan 16 Jamadil Akhir 1429H. Sekretariat ini adalah di bawah naungan YAB Perdana Menteri Malaysia. Dipertanggungjawabkan di bawah Pejabat Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada YAB Perdana Menteri. Sekretariat ini bekerjasama rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam serta kementerian dan jabatan-jabatan lain.

Objektif Penubuhan Sekretariat:

·         Menentukan tidak wujudnya sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita Islam melalui peranan advokasinya dalam mempengaruhi penggubalan dasar, perundangan dan peraturan-peraturan.

·        
Menghalusi implikasi pelaksanaan dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan tersebut terhadap hak-hak, pembangunan dan kebajikan wanita Islam.

·        
Meningkatkan pemerkasaan wanita Islam melalui inisiatif dan program-program pembangunan modal insan dan kapasiti wanita Islam, terutamanya mengenai perkara yang berkaitan dengan hak-hak, akses dan peluang pembangunan diri serta keluarga di semua peringkat dan dalam pelbagai bidang.

Antara Fungsi dan Tanggungjawab:

Mengenalpasti dan memperhalusi isu-isu yang dihadapi oleh wanita Islam, dan mempengaruhi dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan melalui advokasi bagi menentukan dasar dan undang-undang tersebut tidak mempunyai unsur-unsur diskriminasi.

·        
Mengambil inisiatif meningkatkan keupayaan dan kapasiti wanita Islam semua peringkat dalam pelbagai bidang melalui program latihan dan pembangunan modal insan.

·        
Mengadakan jaringan, hubungan kerja dan usahasama dengan Kerajaan luar, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan, dan lain-lain agensi di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa bagi menjalankan advokasi melalui pertukaran pendangan dan pengalaman bertujuan menerapkan prinsip dan identiti Islam sebagai agama yang adil dan tidak mendiskriminasikan wanita.

·        
Menjalankan penyelidikan, kajian dan soalselidik mengenai isu-isu, masalah, peluang serta cabaran yang dihadapi oleh wanita Islam dalam pelbagai bidang bagi membantu kerajaan merancang dan menggubal dasar, undang-undang serta peraturan-peraturan yang memanfaatkan wanita dan keluarga mereka.

Saya berpeluang mengikuti perbincangan dalam bengkel pelan tindakan perundangan pada sesi petang. Berikut adalah perkara yang sempat dibahaskan.

 

 

Bengkel Pelan Tindakan: Perundangan


Antara isu-isu berbangkit hasil daripada beberapa siri pertemuan dan dialog yang dianjurkan oleh SENADA dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemimpin-pemimpin wanita di semua peringkat adalah seperti berikut:


·         Penyeragaman mahkamah syariah : Terdapat beberapa kelemahan disebabkan ketidakseragaman undang-undang

·        
Menyemak undang-undang kesalahan jenayah syariah

·        
Memperluaskan bidangkuasa mahkamah syariah

·        
Perlantikan hakim wanita di mahkamah syariah

·        
Penyegeraan pembentangan rang undang-undang keluarga Islam

·        
Menggunakan rang undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan di seluruh Malaysia

·         Caruman KWSP boleh dikeluarkan sebagai harta sepencarian kepada anak-anak

·        
Menyegerakan kes pengesahan perceraian sebelum tamat iddah

·        
Pemfailan kes perlu diselaraskan dengan hanya menggunakan satu fail induk

·        
Penubuhan mahkamah keluarga yang melibatkan muslim dan non-muslim

·        
Khidmat guaman percuma

·        
Kursus pemahaman gender kepada hakim dan pegawai-pegawai syariah

·        
Meningkatkan taraf hakim mahkamah syariah

·        
Meningkatkan kredibiliti dan integriti badan kehakiman

 

Walaubagaimanapun, di penghujung sesi tidak semua perkara dibahaskan akibat masa yang terhad dan tiada resolusi tegas daripada ahli bengkel yang sempat dirumuskan secara keseluruhan. Semua yang dinyatakan di atas dikategorikan masih untuk  perbincangan lanjut kepada pihak yang sepatutnya.


Disediakan oleh;

NUR SYAFAFWATI MOHD. SHAHIMI

TIMBALAN PENGERUSI HEWI 1

No comments: