Friday, May 23, 2008

KENYATAAN BALAS ISU PEMAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

23 MEI 2008/ 17 JAMADILAWAL 1429 H

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan awal untuk menilai pakaian pelajar perempuan di sekolah yang perlu dinilai semula. Masyarakat perlu mengetahui dan melihat bahawa cadangan ini dibuat hanya kepada pelajar perempuan Islam sahaja. Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berteraskan kepada lima asas yang utama.

Pertamanya, isu ini bukan mahu menyalahkan pelajar perempuan, akan tetapi ia sebagai salah satu kaedah pencegahan (sad zarai’ik) di dalam Islam supaya pelajar perempuan tidak terdedah kepada ancaman luar dan masalah sosial akibat daripada pemakaian yang terlalu jarang. Langkah pencegahan ini sangat penting supaya mereka bebas daripada ancaman persekitaran mereka.

Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selarii dengan Shariah dan tuntutan Islam itu sendiri. Dalam Islam, baju kurung sahaja tidak lengkap jika masih menayangkan tubuh badan. Pemakaian baju kurung kepada pelajar bukan Islam bukanlah satu paksaan kepada mereka, akan tetapi mereka yang berminat memakai baju kurung berwarna sangat digalakkan.

Asas yang ketiga ialah, ramai guru turut mengeluh sebenarnya kerana pemakaian pelajar perempuan yang terlalu jarang menyebabkan tumpuan guru terganggu. Ini akan menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada guru-guru tersebut.

Keempat, peranan ibu bapa sangat penting dalam urusan persekolahan pelajar di mana ibu bapa juga berperanan memilih pemakaian yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Asas yang terakhir ialah PKPIM tidak menuduh persepsi lelakii Malaysia semua sebagai ‘mata keranjang’ akan tetapi secara fitrahnya mata lelaki akan mudah teransang dengan pemakaian yang ‘seksi’ atau yang tidak menutup aurat. Apatah lagi yang melihatnya nanti guru- guru yang bertanggungjawab mendidik mereka.

PKPIM berpandangan bahawa pakaian awam ini merupakan salah satu faktor daripada banyak faktor-faktor lain yang menyumbang kepada jenayah seksual. Tidak semua mereka yang berpakaian tidak menutup aurat atau terdedah itu semestinya menjadi mangsa, akan tetapi merupakan salah satu daripada faktor menyumbang kepada masalah gangguan seksual. Selain itu juga, pakaian yang terdedah itu turut menimbulkan rangsangan kepada lelaki-lelaki di persekitarannya. Sebenarnya, penjenayah itu dapat melihat dan teransang daripada orang yang tidak memakai tudung berbanding mereka yang bertudung atau menutup aurat.

PKPIM juga tidak menafikan bahawa mangsa jenayah seksual ada terdiri daripada mereka yang bertudung dan menutup aurat, di mana penjenayah tidak mengenal mangsanya. Tetapi hakikatnya, penjenayah seksual ini telah didedahkan dengan faktor-faktor seperti imej lucah, imejj tidak menutup aurat di media, internet, vcd lucah dan sebagainya.

PKPIM bertegas bahawa imej-imej lucah, pendedahan aurat , etika berpakaian ini merupakan antara salah satu faktor menyumbang kepada masalah ini.

PKPIM mengharapkan Kementerian Pelajaran dapat mempertimbangkan cadangan ini dan dinilai kembali kerana ia sangat penting kepada semua. Semoga usaha ini mendapat sokongan daripada pihak luar.

Munirah Binti Bahari

Naib Presiden HEWI


4 comments:

thanaif said...

Assalamualaikum.
Isu yang diutarakan amat menyakinkan akan makna penghayatan iman dan selaku NGO Islam PKPIM mengutarakan penyelesaian kepada masalah penurunan nilai akhlak pelajar muslim yang wajar disokong dan tidak bijak ia dijadikan kesempatan untuk menjudulkannya dengan kebebasan.
HELWI PKPIM wajar menerima cabaran bagaimanakah jalan-jalan menuju keredhaan Allah bersama terus diterokai lantaran realiti dunia kini adalah mahu kembali kepada agama dan muslimah berfungsi untuk mengundang seramai mungkin buat mereka yang berlainan pendirian dengan kita memahami kebenaran dan keadilan prinsip syarak di dalam Islam.Pasti kesediaan kita untuk meninggalkan adat usang yang lama yang tidak sesuai dengan tuntutan zaman bukan menjadi sebab untuk keharmonian sesama warga menjadi tegang yang membina konflik.

hamba Allah yang baik said...

salam wrt.
kami di UK menyokong 100% usaha Hewi PKPIM. ada kawan sy forward bacaan menganai pandangan sisters in islam. sy cadangkan untuk Hewi PKPIM buat surveylah kat sekolah tu macamana....


di sini sy sertakan isi email sy kepada persatuan di lokaliti kami,mungkin boleh diambil idea..kalau ada.

salam wrt..

"salam wrt.
dalam hal yang menggunakan logik akal ini,pernah sekali saya bersama kawan sy berborak2, tetapi isu ketika itu adalah isu gay.
jika disini, strong points yang digunakan untuk masyarakat gay untuk mengatakan bahawa mereka tidak bersalah adalah,"you are majority,doesnt mean that you are right." dan hal ini terbukti benar dalam banyak perkara.

dan perkara yang sedang dihadapi disini adalah adalah perkara yang mungkin bukan sama,,tetapi hampir serupa. cuma ada yang menyorok dibelakang nama agama tetapi membawa mesej logik akal. "takkan lah itu...takkanlah ini.." seperti takkan melayu islam akan murtad, pusing-pusing dah berapa ratus saya pun tak tahu .

golongan seperti ini jelaslah jika disajikan dengan logik-logik akal,dia pun bentang 100 logik akal yang baru, dan cycle ini tidak akan berhenti,dan mangsanya terus bertambah. disaji dengan dalil, tak makan..

mungkinlah.. mungkinlah sebagai cadangan,bolehlah kot untuk mencadangkan kepada Hewi PKPIM untuk buat survey dikalangan pelajar sendiri..ataupun kepada golongan yang merasakan isu ini sangat berat (terutamanya yang balik summer) untuk participate ketika berada di malaysia kelak.

sekadar pandangan dikala exams ini,tak sanggup isu ni terbiar kosong.
maaf jika tersalah bahasa ataupun fakta.

salam wrt.

-yang ramai adik di sekolah-"

Leo said...

You girls obviously have nothing but sex on your minds...

Go back to your ancient times... really.. the things that you say and the statements that you make really fans the flames of racism, please be careful with future statements. Not all Muslim students appreciate the fact that you are "trying to fight for their rights"...

In essence, please use your head before making reckless statements that can cause negative backlash and put the already fragile image of Islam as an extreme religion in jeopardy.

Desperado said...

Assalamualaikum...

Pakaian Seragam Sekolah sekarang sudah cantik dan sesuai, masalah yang timbul ialah kepada pelajar yang tidak bertudung...YANG BERTUDUNG TAKDER MASALAH PUN...terlindung jer...Mak Bapak yang kat rumah tu la patut main kan peranan, takkan la tak nampak gunung yang makin tersembul...suruh jer pakai tudung...selamat...! Nak tukar pakaian lain lagi la satu hal, orang tengah sibuk nak beli beras, korang sibuk nak suruh tukar baju...KOT KOT nak sponsor tak per la jugak!!!