Monday, March 24, 2008

PENGAJIAN KITAB UNTUK REMAJA


Assalamualaikum w.b.t.
Sahabat-sahabat dijemput hadir ke:
KULIYYAH - HAI'AH(PENGAJIAN KITAB UNTUK REMAJA)
"KITAB AYYUHAL WALAD"Karangan:IMAM AL-GHAZALI

Kandungan kitab "Ayyuhal Walad" ini merupakan sepucuk surat dari Imam al-Ghazali r.a yang ditujukan kepada murid-muridnya. Di dalamnya terdapat nasihat beliau yang sangat ikhlas dan dicelah-celah ungkapan beliau tersingkaplah kebolehan Imam al-Ghazali dalam menggambarkan tipuan dunia yang fana ini dan kekalnya akhirat dan betapa perlunya kita kepada iman, amal soleh dan kejernihan jiwa. Ia disampaikan dalam bahasa yang sangat halus, mencuit perasaan, menyentuh hati nurani sehingga kadang-kadang dapat mengalirkan air mata dan memberikan kesan yang sangat mendalam sekali di hati para pembacanya dan membawa kepada suatu perubahan dalam kehidupan.

Disampaikan oleh:AL-FADHIL USTAZ HAFIZ HJ. MUSTAFA LUBIS
Tarikh : 29 Mac 2008
Hari : Sabtu
Waktu : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Surau ABIM di Sekretariat ABIM dan PKPIM
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir..

Ibu bapa SANGAT digalakkan untuk HADIR dan membawa anak-anak bersama ke majlis ilmu ini..

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:Anuar Mohamad – 013-438 0061 / Ahmad `Izzat – 017-219 3201

No comments: