Hasrat Menteri Pengajian Tinggi,Datuk Seri Mohammed Khalid Nordin untuk meminda dan mengkaji semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) nampaknya benar-benar membuka mata ramai pihak untuk terus memberikan respons dan menyuarakan pendapat masing-masing secara positif. Cukup jelas untuk diperlihat di sini bahawa mahasiswa merupakan golongan yang mampu memainkan peranan dalam pembinaan sebuah negara yang lebih harmoni dan pembangunan modal insan yang murni.
Justeru, saya menyambut baik hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk meminda akta tersebut.
Bukan isu politik yang
Tertarik dengan persoalan yang cuba dibangkitkan oleh penulis mengenai Seksyen 15 dalam AUKU- Pelajar atau Pertubuhan, Badan, atau Kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan mana-mana persatuan dan sebagainya, kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah perlembagaan atau diluluskan oleh Naib Canselor-, penulis juga bertanya kembali adakah dengan tidak berpolitik, tidak terlibat dalam mana-mana persatuan menjadikan mahasiswa serba tidak berkemampuan menyatakan apa jua pandangan dan menjadikan mahasiwa semakin beku dan lesu seperti apa yang kita dapat lihat hari ini?. Hal ini demikian kerana di bawah seksyen 15 AUKU juga, telah melarang mahasiswa untuk bersuara dan memberi pendapat atau menunjukkan rasa simpati terhadap mana-mana persatuan, organisasi, kumpulan dan sebagainya. Perkara ini sekaligus mengehadkan corak pemikiran mahasiswa sehingga lahirlah mahasiswa tidak matang, lesu dan beku.
Saya ingin sekali merungkai persoalan ini dengan membawa umum untuk menilai kembali apakah perbezaan yang terdapat pada individu yang aktif berpersatuan dan individu yang mengamalkan kehidupan meliputi ruang lingkup ciptaannya sendiri, tanpa memikirkan tanggungjawab sosial yang perlu digarap. Persoalan kedua yang diutarakan oleh penulis pula meliputi aspek perbezaan antara keterlibatan dan menyuarakan pendapat. Penulis juga telah menyatakan bahawa untuk menyuarakan pendapat tidak memerlukan keterlibatan sebagai prasyarat.
Dalam hal ini, saya berbesar hati untuk menyatakan bahawa soal mengutarakan pendapat sangat-sangat memerlukan penglibatan sama ada secara total mahupun secara tidak langsung. Adakah penulis menyuarakan pendapat beliau yang bertajuk “AUKU Bukan Alasan” tanpa mengambil kira penglibatan penulis sebagai mahasiwa suatu masa dulu? Tanpa penglibatan, bagaimana mahu menyuarakan pendapat walhal kita tidak merasai situasi yang benar-benar berlaku?
Sememangnya masih wujud keterbatasan membabitkan akta ini. Adalah diakui mahasiswa mampu menyuarakan pendapat melalui laman sesawang dan blog, namun adakah dengan hanya mengutarakan pendapat tanpa apa-apa tindakan mampu meyelesaikan kemelut yang melanda ummat? Seksyen 15 sememangnya menjadi tidak relevan kerana keterbatasan hak untuk keterlibatan dalam usaha untuk menzahirkan pendapat yang diutarakan.
Tidak dapat dinafikan kemelut yang melanda mahasiswa sehingga membawa kearah lambakan mahasiwa lesu dan beku berpunca daripada sikap mahasiwa sendiri. Tetapi, apakah faktor yang menyebabkan mahasiswa mengambil tindakan mendiamkan diri sebegini? Saya percaya PKPIM sebelum mengetengahkan isu ini telah melakukan pengkajian secara menyeluruh dan didapati rata-rata mahasiswa tidak tahan dengan karenah birokrasi pihak universiti, dan aktiviti-aktiviti peringkat universiti yang hanya cenderung memilih pelajar cemerlang akademik untuk terlibat sama. Apa pula nasib sang ‘sederhana’? Hanya melihat teman-teman cemerlang akademik turun ke lapangan kancah kehidupan sebenar masyarakat? Lantas mereka ini mengambil tindakan berdiam diri dan hidup dalam dunia ciptaan mereka sendiri. Maka lahirlah kecenderungan untuk mereka ini memilih persatuan-persatuan di luar yang mampu memberikan input kepada mereka untuk mengenal pasti potensi diri lalu mengembangkan sayap mereka sebagai agen penyatu ummah. Tetapi, atas kekangan yang terdapat dalam AUKU, mahasiswa menjadi takut dan terbayang-bayangkan hukuman yang bakal dikenakan oleh pihak universiti lebih –lebih lagi persatuan yang menjadikan agama Islam, dakwah dan tarbiyyah sebagai matlamat utama. Persatuan-persatuan sebegini, seringkali dianggap radikal sehingga membawa kepada Islamophobia di kalangan mahasiswa sendiri.
Jika budi bicara pimpinan universiti, dan Naib Canselor yang ingin diketengahkan, adalah lebih baik jika autonomi kepada mereka ini diberi melalui pemilihan tokoh-tokoh akademik yang seimbang pemikiran dari pelbagai sudut yang lebih global dan terbuka tanpa melanggar batasan syari’at yang telah digariskan Islam. Tokoh-tokoh sebeginilah yang seharusnya di angkat sebagai pimpinan pentadbiran universiti.
Hal ini kerana, rata-rata aktiviti yang dianjurkan universiti masih disekat dengan
Walhal, program seperti baktisiswa sangat menguntungkan masyarakatdan mahasiswa sendiri serta berupaya memupuk kesedaran mahasiswa bahawa betapa mereka diperlukan oleh masyarakat. Sedarlah bahawa lapangan sebenar kehidupan ialah apabila anda berada di tengah-tengah kelompok masyarakat dan di situlah cabaran episod baru kehidupan bermula. Saya yakin bahawa kini rakyat telah mampu menilai dengan bijak akan tahap pembangunan ummah yang semakin merosot dan kejatuhan nilai modal insan yang berwibawa yang mampu mengekalkan kesedaran diri sebagai hamba Allah dan khalifah Allah dalam mentadbir alam ini. Jadi, adakah dengan meletakkan diri di bawah pengawalan persatuan-persatuan lesu yang digerakkan oleh ahli-ahli yang kian
Penerimaan hakikat bahawa mahasiswa sedang hidup di era persaingan yang cukup hebat sehingga membawa kepada mahasiswa ‘cukup makan, asal lulus’ sudah tidak membawa apa-apa nilai adalah sangat tidak rasional. Adakah golongan sebegini sudah dinafikan hak mereka untuk turut sama terlibat dalam pembangunan negara? Sedangkan kita sepatutnya merenungi fitrah kejadian umat manusia yang dicipta punya kelebihan dan kelemahan tersendiri. Jika ummat bersikap bias terhadap golongan mahasiswa yang mungkin tercicir ketika menuntut ilmu sebagai sampah masyarakat, sebagai golongan yang tidak mempunyai apa-apa nilai, maka tidak hairanlah kini gejala sosial yang melanda masyarakat khususnya kaum Melayu semakin berleluasa.
Tanggapan bahawa perkara pokok bagi seorang mahasiswa adalah kepada kecemerlangan akademik semata-mata ternyata menyimpang jauh daripada sebab sebenar umat manusia dituntut supaya menuntut ilmu. Bukan semua orang yang berpendidikan tinggi, yang cemerlang pengajiannya di menara gading mulia akhlaknya, bijaksana pemikirannya dan muluk kalbunya.
Tidak dapat dinafikan kesedaran awal perlu dipupuk dari dalam diri mahasiswa itu sendiri, tetapi di sini dapatlah kita mengambil kira peranan persatuan-persatuan yang melibatkan kepemudaan dalam menyuntik semangat mahasiswa supaya sedar akan tanggungjawab mereka. Melalui kehidupan berpersatuan, apatah dikelilingi sokongan daripada rakan-rakan yang beridealisme perjuangan, beraktivisme dalam lapangan masyarakat dan punya spritualisme terhadap agama dan Tuhan yang Esa sememangnya mampu membina karakter dan kemampuan diri. Seperi firman Allah dalam surah As-Saff, ayat empat yang bermaksud, “ Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang pada jalanNya dengan barisan yang teratur rapi seakan-akan mereka satu bangunan yang kukuh..”
Justeru, samada AUKU alasan ataupun bukan alasan bukanlah perkara pokok yang ingin kita ambil kira sebagai penyebab utama kemunduran generasi muda. Tetapi, hakikatnya, AUKU turut sama menyumbang kepada permasalahan ini. Jadi, mengapa tidak kita sokong jika langkah yang mungkin dikira kecil ataupun isu ‘gula-gula’ yang dianggap sesetengah pihak ini mampu membawa kepada perubahan yang lebih besar sehingga dengan izin Allah akan berjaya menghasilkan mahasiswa rabbani dan modal insan bersifat madani? Sekali lagi, saya ingin terus menggesa agar AUKU dikaji dan dipinda semula bagi melahirkan mahasiswa yang berilmu,berkepimpinan, bersahsiah tinggi, berperibadi mulia, dan seterusnya melahirkan generasi mahasiswa yang akan turut sama membantu membina negara dengan menjadi mata dan telinga masyarakat.
Nurul Syahirah bt Mohd Jamel
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
No comments:
Post a Comment