Majlis HEWI Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan Akhir Semester bagi seluruh mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Malaysia. Demam peperiksaan sudah bermula dan seperti kebiasaannya mahasiswa dan mahasiswi memulakan tabiat yang seringkali menjelma menjelang peperiksaan. Elakkan daripada tidur lewat malam kerana ia akan mengganggu situasi semasa peperiksaan nanti.
Saranan daripada Majlis HEWI kepada mahasiswa dan mahasiswi ialah ulangkaji di awal waktu, mengambil makanan yang berkhasiat, tidur awal dan sebagainya. Apa yang sering terjadi sewaktu demam peperiksaaan ialah segelintir mahasiswa dan mahasiswi langsung tidak menghiraukan keadaan di sekeliling, hanya menumpukan pada bacaan dan ulangkaji sahaja. Sampaikan pabila ditanya tentang isu semasa lidah kelu untuk menjawab. Walaupun demam peperiksaan sudah bermula, keadaan di persekitaran juga perlu dititik beratkan terutamanya isu-isu semasa. Kita tidak mahu mahasiswa dan mahasiswi kita menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Berjuanglah habis-habisan di medan peperiksaan ini kerana inilah tempat untuk membuktikan keupayan kita setelah menimba ilmu lebih kurang 4 bulan. Sentiasa ceria dan maniskan senyuman ketika menghadapi peperiksaan kerana ia akan mengurangkan tekanan dan rasa gementar di dalam hati. Banyakkan melakukan amalan-amalan sunat disamping memenjatkan doa pada Allah S.W.T. Akhir kata, sesungguhnya setelah kita berusaha bertawakallah kepada Allah. Segala urusan hanya bergantung kepada Allah untuk melaksanakannya.
No comments:
Post a Comment