Monday, January 15, 2007

Warkah buatmu..

Assalamualaikum wbt,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan rahmatNya warkah ini dapat dihantar untuk tatapan ikhwah dan akhawat ..Ku layangkan warkah ini tatkala diriku merasakan kita semakin mundur dari dakwah, semakin negatif dalam iman.. semakin pasif dalam hibernasi kerana putaran gerak kerja yang meletihkan…

Ikhwah dan Akhawatku yang jiwanya takut kepada Allah,

Dan kami jadikan kamu umat pertengahan untuk menjadi saksi kepada manusia, dan rasul menjadi saksi kepadamu..

Umat pertengahan yang dimaksudkan dalam ayat ini menghebahkan kepada diriku dan dirimu, bahwa kita adalah umat perantara yang harus menyaksikan kebenaran kepada manusia seluruhnya, sebagai tanda terima kasih kepada golongan terdahulu yang telah menyampaikan islam kepada kita.. Ayat ini menegaskan tentang tuntutan syahadatul haq, daripada diriku dan dirimu sebagai amanah dariNya dan agar kita dapat terlepas dari dipikulkan dosa-dosa mereka yang tidak mahu mengesakan ALLAH dalam kehidupan.

Ikhwah dan Akhawatku yang tinggi keyakinan pada Allah,
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(Surah At-Taghaabun; Ayat 11)

Sungguh,perjalanan yang bakal kita tempuh ini panjang,maka jangan sekali-kali berputus asa dari rahmat ALLAH..Sekalipun kita teruji,teguhkanlah diri.yakinilah bahawa segala yang baik itu menjadi baik atas kehendak Allah dan yang buruk demikian juga..tetapi,ingatlah bahawa tidak mustahil untuk Allah menjadikan yang buruk itu baik dan yang baik itu buruk..itulah rahsia kebijaksanaan Allah&bukti ketidakupayaan kita dalam menentukan hikmah dari tarbiyah Allah... Hadirnya ujian bukan untuk membawa kelemahan tetapi membumikan kekuatan dan keterbegantungan rasa&harapan padaNya dan redhakanlah Allah untuk memimpin hati-hati kita yang telah berkumpul di atas jalanNya dengan penuh ketenangan dan kesabaran.

Ikhwah dan Akhawatku yang tidak mengenal erti putus asa,

Rasulullah pernah berpesan,
Jika di tanganmu ada sebutir biji benih, dan hari kiamat akan berlaku esok hari, maka tanamkan biji benih itu..
Kata-kata ini mengulas maknanya yang jelas.. kita harus berusaha walau dengan sebanyak mana jua harapan yang ada maka,gunakan tenagamu untuk melunaskan syahadatul haq ini sebaik mungkin, walaupun esok kiamat bakal menjelang.. Andai matahari di tangan kanan,maka ianya takkan mampu merubah ketinggian keyakinan yang terpatri,dan takkan terbeli di dalam lubuk hati andai rembulan di tangan kiri,takkan kita sanggup mengganti iman,jiwa dan raga ini andaikan seribu siksaan terus melambai-lambaikan derita yang mendalam,maka seutas rambut pun kita tidak akan bimbang..dan apapun adanya takkan sekali-kali kita berhenti..kerana inilah jalan pilihan...

Ikhwah dan Akhawatku yang besar jiwa,

Aku kagum pada ikrarmu yang dahulu, semangatmu, yang SUBHANALLAH..mantap! Walaupun kita meragui kemampuan diri pada awalnya, tapi kita tidak cepat melatah dengan keadaan.Kau yakinkan yang dirimu mampu dan akan terus mampu mengikut arusnya.Kau yakin jika sekali kau melangkahkan sederap kakimu ke dalamnya, pasti kau akan memanggil dirimu untuk bersama-sama berjalan. Masakan tidak,kau telah mengimani bahawa jaulah ini lumayan, nilaian imanmu mencongak, ganjaran cintaNYA pasti berbaloi.. kau rindu, dan kerinduan itu menolakmu untuk bergerak mengikuti.. Bergerak, dan terus bergerak.. memutar langkah dan derap sepatu pada destinasi cinta Ilahi.. kau izinkan arusnya membawa lari dirimu membatasi qudrah.. kau sedar akan kehangatan cintaNYA menular liar ke seluruh sendi dan darah..kau biar ia mengalir sederas semangat syuhada yang telah menempah tempat mereka di syurga.

Ikhwah dan Akhawatku yang penuh keikhlasan dalam perjuangan....

Kaulah pejuang agung, pergerakannya sendiri, catalystnya pada iman, hafazannya ayatul Quran..semua pejuang akan merasai lemah apabila iman mula yanquz..ayuh,kita batasi ruduman iman dengan qiyamullail dan taqarrub BILLAH..Ijlis Bina Wa Nukminus Saah! Usah kau lupai laungan semangat dari ashab terdahulu, yang mengingatkan kita agar tidak menyusur jalan ini seorang diri. Kalian tahu bukan, serigala bergerombolan mahu mengkaburi mata kita daripada jalan ini.. syaitan menyuruh kita memilih antara toriiqul hawa dari toriqul syariah..Maka beruntunglah mereka yang memilih toriqu- syariah, kerana mereka senantiasa dalam rahmat dan naungan kasih ALLAH..Aku meyakini wahai ikhwah dan akhawatku, sabarmu itu pasti diganjari ALLAH dengan ketenangan, sakinah dalam perjuangan dan hulwah keimanan..banyak lagi yang harus kita cuba langsaikan..usah berhenti sekalipun engkau terasa jerih&perit sekali melunaskan amanah ini...kita harus meneruskan mujahadah ini agar aqidah yang diiqrarkan benar, ibadah yang dilakukan sahih.. Jerih payahmu meniti hari memikul beban daiâ dan daie yang pasti dihitung ALLAH....ketahuilah, bahawa kalian tidak keseorangan dalam pelayaran ini, seluruh isi langit, bumi dan segala yang berada di antara keduanya, bersamamu.. kerana dakwah ini adalah kurniaan ALLAH, ia lembut menolak ke kiri dan ke kanan, ke atas dan ke bawah..mengikut fitrahmu....

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
(At-Taubah : 129)

Ya Allah, bahawasanya Engkau mengetahui bahawa jika perkara ini baik untuk kami, pada agama kami, dunia kami dan kesudahan urusan kami buat masa kini dan masa yang akan datang, maka tentukannya untuk kami dan permudahkannya kepada kami. Jika perkara ini tidak baik untuk kami, pada agama kami, dunia kami dan kesudahan urusan kami, elakkannya dari kami dan elakkanlah diri kami daripadanya. Sesungguhnya Engkaulah maha mengetahui segala sesuatu.

Ya Allah, kiranya kepayahan ini adalah penghapus segala dosa, penebus kesilapan kami yang silam, kami redha ya Allah.... Sesungguhnya Engkau berhak memberikan kesenangan dan kesusahan, maka setelah segala kesenangan yang Engkau berikan, apa jua kesusahan yang Kau berikan sebagai ujian..maka taqdirkanlah kami untuk menerimanya dengan jiwa yang redha. Ampunilah dosa-dosa kami dan ketahuilah sesungguhnya diri kami hanyalah hambaMu yang lemah. Adalah tidak mungkin mampu kami menanggung segala ini tanpa kekuatan dari Mu YaAllah... Oleh itu kami memohon padaMu cekalkanlah hati kami dan kurniakanlah diri kami jiwa yang tabah dan sabar. Jadikanlah kami hamba yang sentiasa dekat padaMu,sedekat isi dan kuku...sehampir jantung dan darah yang berpadu...Ya Allah.. tetapkanlah iman kami dan jadikanlah kami di antara orang-orang yang soleh. Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu...Amin...YaRabbal Alamin........

Andai perjuanganku terhenti disini, sedarkanlah aku..bantulah aku!dan andai aku tidak bangkit dari kegagalanku,hukumlah aku!sesungguhnya...aku tidak layak bergelar pejuang....

NADIAH YUSOF
PKPIMUPM

No comments: