KUALA LUMPUR - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah selamat melangsungkan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan ke 45 (MPAT) bertempat di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 15 hingga 17 September yang lalu.MPAT kali ini memilih 'Memimpin Kebangkitan Pelajar Islam Demi Membela Ummah' sebagai tema.
MPAT atau dikenali sebagai Muktamar Sanawi telah dihadiri oleh para perwakilan dan pemerhati dari seluruh kampus dan Badan Gabungan Negeri. MPAT yang bermula dengan Konvensyen Pelajar Islam Wilayah Persekutuan pada hari Jumaat dihadiri hampir 300 orang pelajar dari sekitar Kuala Lumpur dan pada sebelah malamnya, forum sempena MPAT juga diadakan. Antara panelis utama forum adalah Dr. Farid Shahran.MPAT juga telah dirasmikan oleh tokoh ilmuan yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud. Beliau telah menghuraikan peranan para ilmuan Islam terdahulu demi membangunkan tamadun.
MPAT kali ini juga tidak kurang meriahnya dengan pelbagai persembahan Malam Kesenian Islam pada malam tersebut.Saudara Mohd Hilmi Ramli, Presiden PKPIM yang baru ketika menyampaikan ucapan penangguhan melahirkan rasa bangga kerana ahli PKPIM dapat menfaatkan MPAT kali ini dengan sepenuhnya. Perbezaan pendapat antara sesetengah perwakilan menunjukkan ahli PKPIM semakin matang dalam berhujah dengan memberikan fakta-fakta ilmiah yang dapat mengembangkan lagi daya fikiran anak muda.
Secara keseluruhan, Muktamar kali ini berjaya mencapai objektif.
Demikian senarai baru Qiyadah PKPIM:
Presiden : Mohd Hilmi Ramli (KPIP)
Tim. Presiden : Mohd Firdaus Mohamed Khairi (PEMBIMBING)
Naib Presiden (Kebangsaan) : Abdul Muntaqim (PERKEPIS)
Naib Presiden (Antarabangsa) : Mohd Saifullah Zulkifli (KPIP)
Naib Presiden (HEWI) : Shamsiah Mahli (PERKEPIS)
Setiausaha Agung : Muhammad Bukhori Alias (PPINS)
Bendahari : Khalidah Salikan (KPIJ)
No comments:
Post a Comment