Sunday, September 10, 2006

:: Makluman Muktamar PKPIM kali ke 45 ::

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Didoakan semoga rakan dan teman seluruh pelusok tanah air berada dalam keadaan yang sihat walafiat.
Pastinya anda semua sibuk dengan komitmen belajar. Bagi yang telah bekerja, semoga istiqamah dalam keluarga gerakan kita ini.

Saya mewakili Majlis HEWI PKPIM ingin menjemput rakan dan teman bersama-sama meraikan Muktamar PKPIM kali ke 45 pada 16 dan 17 September 2006.

Kami ingin mengajak rakan dan teman HEWI untuk memakai baju tema bewarna ungu pada 17 September 2006. Segala pertanyaan sila hubungi Shamsiah Mahli di talian 013-5640209

No comments: