Friday, January 20, 2006

:: Bila HEWI mula menulis...::

SERIKANDI SOLEHAH PENCETUS KEBANGKITAN UMMAH

Oleh:
Hana Ulya bt Ahmad
Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)


Hmm… sekadar berkongsi ilmu, dah lame rasenyer tak menulis…yangsebenarnya artikel ini pernah diterbitkam dalam majalah Al-Fikr PKPIM-UIAM edisi pertama semester 1 04/05. Sangat istimewa untuk HEWI-HEWIkebanggaan Ilahi…(setelah diedit dan ditambah sedikit sebanyak)Mudah-mudahan tulisan ini mendapat berkat dari-Nya seterusnya mampumemberi manfaat kepada semua yang membacanya. Pertamanya, saya benar-benar tak tahu nak menulis tentang apa…terlintas untuk sengajamenulis sesuatu yang ringan-ringan sahaja kerana saya punya keyakinanyang tinggi, bahawa nanti dalam kolum-kolum yang lain pastinya tajuk-tajuk menekan minda akan diberi perhatian memenuhi ruang. (Perkarabiasalah tue, bila ahli-ahli PKPIM nie mula menulis…)Teringat saya kata-kata seorang sahabat lelaki yang seolah-olahmengomel mungkin tentang betapa malasnya hewi-hewi PKPIM menulis, dankalau menulis pun kita dikatakan lebih suka menulis tentang isu-isuyang berkisar dengan soal hati-apalagi cintalah tu…Tapi, saya takfikir begitu(yelah,mungkin kerana saya juga perempuan…), keranasebagai perempuan saya dapat rasakan yang kaum hawa ini kalau diberipeluang untuk menulis apa yang tertulis itu lebih merupakan luahanisi hati yang tercetus dalam bentuk tulisan. Pernah dengar takpepatah-perempuan hatinya di mulut, lelaki mulutnya di hati…Haa..sebab itulah wujudnya perbezaan cara berfikir antara lelaki danperempuan.Bukan itu sebenarnya yang ingin saya bawakan disini, saya secaratiba-tiba teringat salah seorang pensyarah saya yang saya kira benar-benar layak digelar pensyarah yang punya wibawa dek Izzah(kemuliaan)sebagai seorang Muslim yang dibangganya. Saya sebenarnya sangatbertuah diberi peluang oleh Allah untuk menuntut ilmu dengannya,biarpun beliau sering dikatakan agak `keras dan syadid' dalam bab-babkasi markah ni (takde la syadid sangat pun, `student'(dengan izin)memang suka melabel-label diaorang punya pensyarah, tetambah pulakkalau si pensyarah tu jenis yang suka bagi markah rendah untukdiaorang, sikit-sikit salah pensyarah jugak kan!) Alhamdulillah!Terkenang semangat juangnya yang membara. buat semangat jihad sayajuga makin menyala. Beliau pada saya antara `ansarullah' yang benar-benar bersungguh dalam perjuangan mengangkat kembali martabat agamaIslam dan `izzahnya, sehinggakan saya sendiri berasa tempiasnya.Benar kata beliau, umat Islam hari ini banyak yang lalai danmelupakan ajaran Islam yang hakiki dan kerana itu jugalah umat Islamyang suatu ketika dahulu pernah menguasai 2/3 dunia jadi hina-sehinanya! Bukannya apa, apabila Al-Qur'an dan As-sunnahditinggalkakan, hilanglah sudah `taring' kemuliaan umat Islam.Sahabat-sahabat,Kita bertuah sebenarnya bila `terpilih' bersama-sama dengan satugerakan jemaah yang mendokong pembentukan tamadun khayra ummah.Bersama-sama memerah minda dan keringat demi mencapai misi menggapairedha Ilahi bukanlah satu kerja yang sia-sia andai kita benar-benarikhlas kerana-Nya. Insya-Allah kawan-kawan, kerja kita tidak sia-sia!Pernah saya ditanya oleh seorang kawan `neutral', katanya apa yangsaya dapat selain penat dan tak cukup rehat? Susah untuk sayaterangkan padanya yang dalam kehidupan orang Mukmin tidak ada istilahpenat dan rehat. Kata-kata Dr. Rubiah Kulup Hamzah, salah seorangtokoh bahasa negara masih lagi terngiang-ngiang dicuping telingasaya. Katanya, bagi orang Mukmin tidak ada rehat dan kita hanya bolehberehat hanya bila dah sampai ke garisan penamat yakni hari akhirat!Saya benar-benar terasa benarnya kata-kata beliau kerana seingat sayasejak saya bersama-sama dengan PKPIM, dah lama saya tak rasa rehatseperti di zaman-zaman persekolahan dahulu. Rehat yang banyak melalaidan melaghakan biarpun pada zahirnya nampak menyelesakan…Berbalik kembali kepada perjuangan mengangkat `Izzah, banyaksebenarnya peranan yang mampu dimainkan oleh hewi-hewi berjiwa gagahkita. Kalau kita benar-benar mengharapkan, rindu dan yakin denganjanji-janji Allah tentang akan datang suatu ketika nanti umat Islamkembali gah menguasai dunia, kita pasti tak akan rasa gundah biarpunada ketikanya kita terngadah. Jangan rasa gundah kerana kitasebenarnya golongan yang diberi kemuliaan oleh Allah.Jadilah peniup obor semangat para pejuang Allah, berikan semangatkepada rakan-rakan dalam barisan, hamparkan segala kekuatan untuksyahidah di jalan Allah, lemparkan segala apa yang termampu demikebangkitan Islam, namun jangan sekali-kali jadi punca kelalaianrakan sepasukan!-hanya kepada Allah kita berlindung-Tak salah untuk kita tunjukkan contoh terbaik acuan Al-Qur'an dandidikan Nabi tercinta kepada sekalian alam. Bukan untuk riak, tapikitakan lambang kemuliaan Islam! Mudah-mudahan kita mampu menjadiserikandi kebanggaan agama tercinta! Belajarlah dari tokoh-tokohsejarah silam kerana dari sejarah kita akan diajar oleh pengalamanyang mendidik jiwa. Apa-apapun, semuanya perlu bermula dari diri kitasendiri…nak angkat imej umat Islam, kita kena perbaiki dahulu imejkita yang saya kira sebenarnya mewakili wajah Islam itu sendiri.Pendek kata, `islah nafsak wad'u ghairak..' Perlu ada rasa kemuliaandalam diri sendiri, pendek kat jangan rasa rendah diri jadi orangIslam! Kenapa ye orang Islam selalu rasa rendah diri??? Padahal kitadisedia seribu satu kemuliaan apabila menyerah diri untuk bersama-sama Islam."Bagi Allah kemuliaan(`izzah) dan bagi Rasul-Nya(kemuliaan) dan bagiorang-orang Mukmin itu(kemuliaan), akan tetapi orang-orang munafiqitu tidak mengetahui sama sekali".(Al-Munafiqun :8)Bermula dari diri sendiri, tanamkan azam untuk jadi wanita solehahlagi diberkati. Jaga keberkatan sebagai seorang wanita pilihan Allahyang dipilih untuk bersama jemaah…Sekadar coretan tambahan, sayabanyak diajar dan ditekankan sejak di Pusat Matrikulasi UIAM lagiyang percintaan yang melalaikan antara lelaki dan perempuan mampumengurangkan lebih banyak keberkatan yang ada pada diri berbandingmenambah keberkatan pada diri. Saya juga pernah diberitahu seorangpensyarah UIA dari Kuliyyah Fiqh dan Usul Fiqh bahawa tidak pernahada istilah `Islamic coupling' dalam ajaran Islam. Jadi , berhati-hati apabila terjebak dalam mainan perasaan. Jangan kerana turutkannafsu, kita menghalalkan apa yang tak pernah dihalalkan dalam Islam.Kalau ada yang dah berkenan, risiklah khabar melalui orangpertengahan yang kita yakini kekuatan imannya, ikatlah ikatan dengantali pertunangan. Itu lebih baik rasanya. Tidakpun banyakkan doa,insya-Allah kalau si dia memang jodoh kita Allah akan permudahkan…INSYA-ALLAH.. yang penting , JAGA KEBERKATAN.Tika bergelar anak, kakak maupun adik kini bantulah keluarga,peliharalah mereka dari azab api neraka. Andai ditakdir suatu harinanti kita bergelar isteri dan ibu, jadilah isteri dan ibu pemangkinkepada pembentukan ummah yang terbilang. Jadilah serikandi yangsentiasa bersama-sama dalam perjuangan, dan berdoalah sentiasa agardipilih menjadi bonda kepada para pejuang Ilahi… Dan, sekali lagikalau nak terpilih jadi bonda-bonda kepada pengangkat kemuliaanIslam, jagalah keberkatan diri. Kalau tak percaya, bacalah kisah-kisah ibunda-ibunda para pejuang Islam. Terlampau banyak kisah yangmenceritakan tentang keberkatanlah jadi punca Allah memilih zuriatmereka sebagai pejuang kebanggaan agama Islam.Akhir kata, panjatkan doa dan tawakkal kepada-Nya, mohon agarsentiasa dipelihara dan di berkati, mohonlah pertolongan-Nya agarkita semakin kuat dalam perjuangan, diberi kembali kemuliaan sebagaiseorang Islam dan juga diberi peluang melihat kembali kebangkitanIslam. Dan setidak-tidaknya jika tiada kesempatan menyaksikankebangkitan Islam, biarlah dari zuriat kita lahirnya pengembali zamankegemilangan Islam. Insya-Allah! Wallahu'alam.

1 comment:

Anonymous said...

Asssalamuaikum,

Adik ku yang mulia, terima kasih diatas penulisan mu yang amat bermakna buat kakak. Menitis air mata diri yang serba kurang ini bila membaca tulisan mu. Semoga Allah memberi mu Keredhaan yang berkekalan di dunia hingga ahkirat. Amin.