Wednesday, January 11, 2006

BILA HEWI MENULIS....


:: TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN ::

Oleh: Nur Fauzana Abdul Rahman
Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)



“dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengah yang lain,mereka menyeru berbuat kebaikan dan melarang dari membuat kejahatan”Surah At-Taubah 71Agama islam diturunkan telah mengangkat tinggi martabat wanita. Daripada mangsa penindasan dan eksplotasi kepada darjat yang sangat mulia. Seperti yang diperjelaskan ayat di atas.Dijadikan manusia hawa itu bukan sekadar peneman adam tetapi berperanan besar sebagai pentabir alam ini. Peranan dan amanah yang besar yang sering di sebut khalifah. Pemimpin alam yang bertanggungjawab untuk memakmurkan alam nian indah ini. Di dalam sirah islam sering juga di tonjolkan kemuliaan wanita. Syahidah pertama Sumayah, bukan adam. Ibu kepada kekasih Allah. S.Aminah. Kisah Masyitah yang kuburnya harum semerbak di langit yang mulia. Dan Wanita yang tetap teguh memperteguh imannya meskipun suaminya kafir durjana Firaun.Asiah isteri Firaun Dan disebalik pemimpin dunia yang hebat dibelakangnya adalah wanita.Dan wanita juga bisa menjatuhkan kempimpinan hebat dunia.Bill Clinton, Ceaser Rom. Adalalah diantara contoh kejatuhan pemimpin dimana wanita yang menjadi punca kejatuhan. Jesteru itu terpulang pada wanita samada tangan yang menghayun buaian itu akan mengoncang dunia dengannbagaiman goncangan itu.Bekalan memimpin wanitaSetiap kejadian yang dicipta oleh ALLAH SWT pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Dan kelebihan yang ada perlu digunakan dengan kadar yang optimum dan maksima. Inilah bekalan wanita di dalam memimpin. Memimpin perjuangan itu adalah menmpuh segala ranjau dan onak duri. Peranan utama wanita adalah sebagai ibu. Demi menjadi wanita memimpin yang baik. Perlulah di teladani apakah dan bagaimanakah sifat ibu. Mungkin juga di dalam dokumen yang serba ringkas ini tidak mampu untuk menghuraikan segalanya dengan tuntas. Namun adalah diharapka ncetusan-cetusan idea mampu membuka minda wanita yang memimpin.Sifat ibu yang penuh dan selaut kasih sayangnya boleh diimplemenkan di dalam perjuangan yang penuh luka dan duka. Sifat ibu yang menyejuk bisa menenangkan pejuang-pejuang. Dengan kata-kata hikmah dan perangsang bisa menggentarkan dan juga bisa membakar semangat jihad. Usah di pandang enteng keupayaan wanita. Posisinya amat penting di dalam pos-pos perjuangan.Sifat memujuk adalah amat perlu.Makna memujuk disini ialah apabila berlakunya sengketa.Beliaulah wanita yang sanggup membakar dirinya sebagai lilin.Yang menerangkan kembali kepada pejuang-pejuang apakah sebenarnya tugas kita. Menerangkan kembali siapakah sebenarnya musuh kita. Kembali menenangkan suasana yang tegang. Titik di sini memrlukan pegorbana yang tinggi dari seorang wanita. Bukan mudah untuk mendahulukan orang lain berbanding diri namun inilah tarbiyah yang perlu kita selami dan hayati bersama. Sifat menjadi rujukan dan mengadu segala masalah adalah sifat yang amat sinonim dengan sifat ibu.Untuk menjadi rujukan seorang wanita perlu menggali ilmu sedalamnya. Bukanlah pula menjadikan alasan tidak cukup ilmu sebagai alasan untuk kebelakang di dalam perjuangan. Lihatlah betapa besar dan pentingnya peranan wanita. Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu bukanlah dengan sia-sia. Di ruang yang serba terbatas ini. Sudah pastilah tidak berkemampuan untuk menukilkan semuanya. Namun dengan seruan untuk kembali menginsafi betapa pentingnya sifat keibuan didalam kepimpinan sebuah perjuang memnerus misi nubuwah yang suci ini adalah diharapemmbuka minda. Setiapwanita adalah berperanan penting dan tidak ada seorang pun yang penting di dalam tugas yang berat ini.Dengan menginsafi kembali sifat-sifat keibuan. Insyallah wanita mampu menjadi pemimpin dan petugas Allah yang baik.Insyallah.Sifat-sifat keibuan yang penuh dan sepenuhnya kasih dan sayang di dalam jiwa. Sifat pengorbanan yang tiada taranya.Sifat bujukan. Ketenanganan as-sakinah yang terpamer dari jiwa wanita yang suci bisa menenangkan semua petugas-petugas Allah.Perjuangan yang penuh dugaan amat sangan memerlukan bekal ketenangan. Segala sifat yang tercatat di atas ada di antaranya yang tak mampu disaingi kaum adam.Begitulah Allah SWT mengangkat tinggi wanita ke tingkat yang sewajarnya.Tiada siapa lagiSebelum jari-jari ini memberhentikan ketukan-ketukan pada papan kekunci. Ingin sekali mengajak semua pemimpin wanita yang di pilih Allah mengisafi bahawa umat di luar sana amat memerlukan kepimpinan kita. Jangan lagi beralasan. Jangan beralasan anda tidak mampu atau tidak cukup ilmu atau segala macam alasan. Tiada siapa lagi yang bisa di harapkan untuk merubah masyarakat. Tiada lagi siapa yang boleh di harapakan untuk menyelamatkan insan sehawa anda di luar sana. Berapa ramai insan Hawa yang di luar sana sedang rakus dibaham kedurjanaan dunia. Tiada siapa lagi selain anda. Bersikaplah anda dengan besar jiwa. Mesralah anda dengan sesama Hawa dan sasaran dakwah. Jangan lagi hanya bersama anda sahaja. Mesej dakwah tidak akan sampai jika asyiknya begini. Tiada siapa lagi yang boleh di harapkan untuk menyelamatkan mereka selain anda. Anda yang di pilih. Jangan lagi beralasan. Jangan lagi bersengketa. Teladani sifat ibu. Insyallah andalah ketua bidadari yang di janjikan syurga. Janji Allah Maha Benar.

Jumaat, 14 Oktober 20053:24:54 ptg

No comments: